Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

“Saya Bukan Bogel” –...

PELAKON dan pengacara Ifa Raziah menjadi mangsa terbaharu netizen di media sosial apabila...

Stacy Harap Tuah Lagu...

SEBELUM ini, karya ciptaan Hael Husaini dan rakan komposernya, Ezra Kong berjaya melancarkan...

Tiada Siapa Boleh Pertikai...

IPOH - Tiada siapa yang boleh mempertikai hukum hudud kerana ia hukum Allah...

Berita Muhyiddin Setuju Sertai...

KUALA LUMPUR - Berita kononnya bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin...

PNB Libat Syarikat Tingkat Pulangan Pemegang Saham

KUALA LUMPUR – Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan mula melibatkan syarikat-syarikat teras dengan pegangan kepentingan sekurang-kurangnya 10 peratus, bagi meningkatkan pulangan kepada pemegang saham.

Tan Sri Abdul Wahid Omar yang genap setahun menjadi Pengerusi Kumpulan pengurusan dana itu berkata PNB yang juga merancang bekerja rapat dengan pelabur institusi yang lain untuk meningkatkan lagi aktiviti pemegang saham, menyasarkan untuk meningkatkan tadbir urus dan prestasi syarikat senaraian awam.

“Selepas setahun bersama  PNB dan pasukan pengurusan yang diketuai Datuk Abdul Rahman Ahmad selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), kami merancang meluangkan masa untuk menyokong beberapa syarikat strategik dalam menambah baik prestasi atau transformasi.

“Empat hari lepas pada 28 Julai, 2017, Lembaga Pengarah Sime Darby Bhd antara lain mengumumkan pelantikan saya sebagai Pengerusi Sime Darby Property Bhd (SDP),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata SDP akan menjadi entiti senaraian berasingan selepas proses pemisahan Sime Darby.

Dengan sejumlah 7284.34 hektar tanah di lokasi utama seperti City of Elmina, Bandar Bukit Raja, Serenia City, Alya KL & Malaysian Vision Valley, SDP dianggap sebagai memiliki keluasan tanah impian oleh kebanyakan pemaju hartanah.

Abdul Wahid berjanji melakukan yang terbaik untuk SD Property, pemegang saham, PNB dan 13 juta pemegang unit.

“Pasaran memberikan reaksi positif dengan permodalan pasaran enam syarikat strategik  PNB meningkat sebanyak RM40 bilion setahun (YoY) sejak 1 Ogos, 2016 atau RM29 bilion dalam temph tujuh bulan tahun ini.

“Ini merupakan peningkatan 28.2 peratus YoY atau 18.9 peratus setakat ini. lebih  tinggi daripada peningkatan dalam penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI masing-masing sebanyak 6.5 peratus dan 7.2 peratus.


Beliau juga berkata satu lagi perkembangan positif ialah permodalan pasaran Maybank melepasi paras RM100 bilion pada Jun 2017, satu kejayaan besar dalam sejarah pasaran modal Malaysia.

Abdul Wahid menyuarakan penghargaannya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan yang melantiknya untuk mengetuai PNB.

“Saya dan Abdul Rahman Ahmad bertuah meneruskan legasi itu daripada Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan an Sri Hamad Kama Piah yang meletakkan PNB pada kedudukan yang sangat kukuh dan berintegriti.

“Kami bertuah mendapat sokongan daripada mereka di PNB sejak hari pertama yang membolehkan kami  ‘bertindak serta-merta,” katanya.

Beliau berkata tahun pertamanya penuh dengan acara, produktif dan melakar pelbagai pencapaian, termasuk peralihan lancar di peringkat Pengerusi, CEO dan lembaga pengarah serta pelantikan Abdul Rahman sebagai CEO.

PNB di bawah kepimpinan Abdul Wahid mengumumkan Pelan Strategik 2017-2022 “STRIVE 15” pada 26 Nov tahun lepas, bermatlamat membangunkan PNB sebagai firma pelaburan bertaraf dunia yang utama.

Ia turut memberi tumpuan ke atas pelaksanaan segera 15 inisiatif dalam pelan berkenaan. – BERNAMA

Kategori