Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Kaji Kenakan Cukai...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan sedang mengkaji keperluan untuk mengenakan cukai eksais terhadap...

Malaysia Tuan Rumah ACC...

KUALA LUMPUR - Malaysia terpilih menjadi tuan rumah Kejohanan Lumba Basikal Asia 2018...

Sultan Johor Terima Menghadap...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menerima menghadap Timbalan Perdana...

Parlimen Australia Bertafakur Kenang...

CANBERRA - Parlimen Australia hari ini bertafakur selama seminit bagi memperingati insiden pesawat...

Polis Marin Kendali 492 Kes Babit Pembalakan Haram

KUCHING – Pasukan Polis Marin Wilayah Lima (PPM W5) Sarawak mengendalikan 492 kes berkaitan saman dan tangkapan yang membabitkan kegiatan pembalakan haram di Sarawak antara Januari dan Julai tahun ini.

Komandernya ACP Salehuddin Mat Zaman berkata angka itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding 299 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

Bagaimanapun menurutnya nilai rampasan dalam tempoh itu menurun kepada RM10.66 juta tahun ini berbanding RM15.89 juta pada tahun sebelumnya.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini jumlah kegiatan pembalakan haram di Sarawak semakin menurun susulan operasi penguatkuasaan yang dijalankan secara bersepadu oleh pelbagai agensi menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

“Modus operandi yang digunakan pembalak haram juga dilihat sering berubah bagi mengelak daripada dikesan agensi penguat kuasa, terbaru, mereka menggunakan taktik menghanyutkan balak di sungai pada waktu malam kerana mudah untuk mengangkutnya ke kilang,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan PPM W5 di sini.

Salehuddin berkata cara ini dilihat sering digunakan di sungai Batang Rajang yang luas serta panjang yang menghulu ke kawasan pedalaman bahagian tengah Sarawak, dan ia sesungguhnya amat berbahaya kepada pengguna sungai yang lain.

Sehubungan itu beliau meminta orangKUCHING – Pasukan Polis Marin Wilayah Lima (PPM W5) Sarawak mengendalikan 492 kes berkaitan saman dan tangkapan yang membabitkan kegiatan pembalakan haram di Sarawak antara Januari dan Julai tahun ini.

Komandernya ACP Salehuddin Mat Zaman berkata angka itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding 299 kes dalam tempoh sama tahun lepas.


Bagaimanapun menurutnya nilai rampasan dalam tempoh itu menurun kepada RM10.66 juta tahun ini berbanding RM15.89 juta pada tahun sebelumnya.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini jumlah kegiatan pembalakan haram di Sarawak semakin menurun susulan operasi penguatkuasaan yang dijalankan secara bersepadu oleh pelbagai agensi menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

“Modus operandi yang digunakan pembalak haram juga dilihat sering berubah bagi mengelak daripada dikesan agensi penguat kuasa, terbaru, mereka menggunakan taktik menghanyutkan balak di sungai pada waktu malam kerana mudah untuk mengangkutnya ke kilang,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan PPM W5 di sini.

Salehuddin berkata cara ini dilihat sering digunakan di sungai Batang Rajang yang luas serta panjang yang menghulu ke kawasan pedalaman bahagian tengah Sarawak, dan ia sesungguhnya amat berbahaya kepada pengguna sungai yang lain.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan ini, supaya menghubungi markas PPM W5 dengan menelefon 082-334111. – BERNAMA

ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan ini, supaya menghubungi markas PPM W5 dengan menelefon 082-334111. – BERNAMA

Kategori