Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

23 Remaja Sedang Berparti...

MAPUTO - Sekurang-kurangnya 23 orang maut manakala kira-kira 30 lagi cedera pada Ahad...

Hamidin Tak Tanding Jawatan...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd...

Kelindan Lori Didakwa Rompak...

KUALA LUMPUR - Seorang kelindan lori didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari...

KBAT: Landasan Tepat Lahir...

KANGAR - Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam proses pe­ngajaran dan pembelajaran di...

Polis Pantai Timur Disaran Laksana Khidmat Sosial

SEMPORNA – Kontinjen polis di kawasan pantai timur Sabah disaran melaksanakan tanggungjawab khidmat sosial dengan melakukan aktiviti gotong-royong besar-besaran bersama kerajaan tempatan serta penduduk setempat.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam PDRM Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata perkara itu penting dilakukan berterusan dalam usaha membendung masalah pembuangan sampah sarap di merata tempat sehingga mencemarkan alam sekitar dan menjejaskan sumber marin.

“Di Pulau Selingan di Sandakan difahamkan terdapat penyu mati akibat termakan plastik yang disangka sebagai rumpai laut dan perkara ini perlu dipandang serius.

“Kita miliki kontinjen besar di kawasan pantai timur ini dan berharap aktiviti gotong-royong dapat dijalankan dengan membabitkan masyarakat dan kerajaan tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam lawatan kerja sehari ke Pos Polis di Pulau Mabul, Bohey Dulang, Kapalai serta Singamata di sini, semalam bagi melihat kesiapsiagaan anggota polis dalam menjaga keselamatan perairan Sabah.


Dalam jangka masa panjang pencemaran alam sekitar boleh menjejaskan kehidupan masyarakat setempat dan kemasukan pelancong ke kawasan pantai timur Sabah yang menjadi tumpuan pelancong melawat pulau, menjalankan aktiviti snorkeling serta skuba.

“Ini turut menjejaskan pendapatan ekonomi Sabah dengan pelancongan merupakan antara penyumbang terbesar ekonomi negeri ini,” katanya lagi. – BERNAMA

Kategori