Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tajul Hilang Sabar, Kecaman...

SIAPA tidak kenal dengan penyanyi, Tajul yang juga merupakan adik kepada kepada allahyarham...

Annuar Musa Dedah Plot...

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata Tun Dr...

Jijik Sarung Tangan Dijumpai...

LAMAN Facebook group IRDK (Kelantan) sensasi dengan beberapa foto daripada individu bernama Abiey...

Terap Semangat ‘Sehati Sejiwa’...

YAN - Semangat 'sehati sejiwa' perlu diterap dalam diri generasi muda masa kini...

Polis Siasat Gambar Budak Diikat Pada Kerusi

LORISSANT (Amerika Syarikat) – Satu pasangan suami isteri membuat laporan polis selepas anak perempuan mereka diikat pada kerusi dengan pita pelekat ketika berada di sebuah pusat jagaan kanak-kanak.

Elysha Brooks dan suaminya, Christian Evans berkata, mereka dihubungi pihak berkuasa yang kemudian menunjukkan gambar anak mereka yang berusia empat tahun diikat pada kerusi.

Pasangan itu percaya, gambar yang diberi Jabatan Perkhidmatan Keluarga dan Kanak-Kanak itu dirakam di pusat jagaan tempat kanak-kanak itu dijaga setiap hari.

Bagaimanapun, pusat jagaan berkenaan enggan memberi penjelasan mengenai gambar itu.

“Apabila saya melihat gambar anak saya diikat pada kerusi dan ekspresi wajahnya, sukar saya bayangkan perasaannya ketika itu,” kata Elysha.

Evans memberitahu, dia mahu pusat jagaan itu dikenakan tindakan tegas kerana apa yang berlaku pada anaknya tidak boleh dimaafkan.


“Saya tidak gembira sehingga pusat jagaan berkenaan ditutup dan sesiapa yang melakukan perkara itu kepada anak saya mesti dihukum penjara,” tegasnya.

Ujarnya, itu bukan kejadian pertama yang menimpa anaknya di pusat jagaan berkenaan.

“Beberapa bulan lalu anak saya terpaksa mendapat rawatan di hospital apabila batu kecil ditemui di dalam telinganya,” jelasnya. – Agensi/myMetro Online

Kategori