Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Curi, Pajak Cincin Emas...

SEGAMAT - Helah seorang lelaki dengan mendakwa rumah dipecah masuk sehingga cincin emas...

Empat Premis Perniagaan GISBH...

PUTRAJAYA: Beberapa premis perniagaan milik GISB Holdings (GISBH), di sini, dipercayai ditutup sejak...

Barcelona Sah Suarez Boleh...

LONDON - Penyerang baharu Barcelona, Luis Suarez dapat beraksi dalam La Liga menentang...

Kabinet Bincang Cadangan Ambil...

PUTRAJAYA - Kabinet hari ini membincangkan cadangan pengambilalihan konsesi lebuh raya kendalian PLUS...

Politik Gengsterisme Bukan Budaya Politik Kita

KUALA LUMPUR – Budaya politik gengsterisme bukan budaya politik yang diamalkan di negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

Beliau berkata insiden kekecohan di sebuah program forum anjuran pembangkang semalam tidak seharusnya berlaku kerana ia tidak sihat untuk politik negara.

“Untuk hari ke depan, kita ambillah iktibar daripada kejadian ini. Pertama, pastikan aspek keselamatan diberi perhatian apabila menganjurkan program.

“Kedua, anjurlah program dengan mengikut syarat yang ditetapkan undang-undang. Ketiga, patuhi nasihat pasukan keselamatan. Keempat, ingatlah politik gengsterisme bukan budaya politik kita,” kata Salleh menerusi catatan pada laman blog beliau, sskeruak.blogspot.my, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap kejadian yang berlaku di program Nothing to Hide 2.0 anjuran Angkatan Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Shah Alam, semalam.

Dalam pada itu Salleh turut menempelak pemimpin pembangkang termasuk Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mendakwa insiden itu didalangi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


“Saya pun tidak tahu dari mana MB (Menteri Besar) Selangor mendapat maklumat sebegini cepat untuk menuduh PM (Perdana Menteri) dalang kejadian ini,” katanya.

Menurut Salleh pemimpin parti politik lain sepatutnya mencontohi kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang menyatakan insiden itu mesti dikutuk dan tidak dipertahankan.

“Kenyataannya (Khairy) melampaui (melangkaui) sempadan politik. Respons sebeginilah yang saya harapkan juga daripada pemimpin parti lain, tetapi sayang sekali mereka berpolitik sepanjang masa, walaupun di saat kita dihadapkan dengan ujian ini,” kata Salleh. – BERNAMA

Kategori