Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

2 Maut, 2 Hilang,...

WASHINGTON (AFP) - Sebuah pesawat kecil dilaporkan terhempas di luar perairan Long Island,...

Nenek Bancuh Serbuk Coklat...

VICENZA – Seorang nenek hampir meracun seluruh anggota keluarganya apabila dia membancuh minuman...

“Nak Tengok Diri Sendiri...

PELAKON, Elizad Sharifuddin memberitahu dia bersetuju menyertai program lawak Super Spontan Xtravaganza kerana...

Peminat ‘Berkhemah’ Di Stadium...

TIKET bagi menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur (KL2017)...

Polo: KJ Sumbang Emas Sukan SEA

PUTRAJAYA – Malaysia berjaya menewaskan Thailand 9-8, sekali gus mengulangi pencapaian pingat emas 10 tahun lepas pada perlawanan final polo ekuestrian Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Taman Ekuestrian di sini hari ini.

Dalam aksi sengit itu, skuad polo negara diketuai Sheik Reismann Mohamed Ismail telah bangkit selepas terikat 4-4 pada chukka kedua sebelum mendahului 7-4 dan seterus menguasai chukka ketiga dan keempat untuk menghadiahkan emas kepada negara.

Tengku Ahmad Shazril Ezzani Tengku Suleiman muncul wira pasukan apabila menjaringkan enam gol diikuti dua oleh Mohd Zulhelmie Nadzar dan satu menerusi Shaik Reismann.

Selain itu, anggota pasukan, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin melakar sejarah apabila menjadi menteri pertama menyumbangkan pingat emas dalam acara tersebut.

Bagaimanapun, Khairy, tidak diturunkan pada perlawanan final itu.

Sheik Reismann, yang mempunyai handikap tiga, serta menjadi kapten pasukan pada edisi 2007 di Korat, Thailand berkata berkata mereka gembira kerana hasil kerja berpasukan mereka dapat mempertahankan gelaran juara.


Thailand membawa pulang pingat perak manakala Brunei mengalahkan Singapura 10-8 semalam untuk meraih pingat gangsa.

Acara polo ekuestrian diperkenalkan pada edisi 1983 di Singapura dan kali kedua pada 2007 di Korat. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Polo

Kategori