Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Agong Berkenan Lawat Kampung...

Cameron Highlands : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan...

Rakyat Sarawak Nikmati Air...

KUCHING - Setiap isi rumah di Sarawak akan menikmati air percuma bagi RM5...

Wanita Rugi RM11,000 Disamun...

KUALA LUMPUR - Seorang jurujual wanita kerugian RM11,000 selepas disamun seorang lelaki bersenjatakan...

Felda: Prihatin Pembangkang Bermotif...

JERANTUT - Keprihatinan yang ditunjukkan pembangkang terhadap masalah warga Felda hanyalah satu agenda...

Populasi Gajah Liar Kini Sekitar 1,450 Ekor

KUALA LUMPUR – Anggaran populasi gajah liar di Semenanjung Malaysia kini adalah sebanyak 1,220 hingga 1,450 ekor, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata taburan gajah di Semenanjung Malaysia tertumpu di Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perak, Johor dan Negeri Sembilan dengan populasi gajah paling tinggi adalah di Taman Negara, Pahang dengan anggaran 290 hingga 631 ekor.

Sebagai spesies ‘keystone’ dalam ekosistem hutan, Wan Junaidi berkata gajah memainkan peranan penting dari segi keseimbangan ekosistem dan menjadi lambang ke arah konservasi biodiversiti negara.

Wan Junaidi berkata kesedaran dan kerjasama semua rakyat Malaysia amat penting untuk melindungi, mengekalkan dan menghargai biodiversiti negara terutamanya hidupan liar seperti gajah sebagai nyawa dan warisan tidak ternilai harganya.

“Dalam memastikan spesies gajah ini terus hidup berkekalan, kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk memainkan peranan masing-masing. Selain daripada kerajaan yang menjalankan program kesedaran dalam kalangan masyarakat, pihak swasta dialu-alukan untuk bersama-sama menjayakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka ke arah konservasi hidupan liar di negara kita.

“Bumi ini milik kita bersama. Kita seharusnya hidup secara harmoni dengan flora dan fauna yang saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan hidup kita di masa hadapan,” katanya dalam perutusan sempena Hari Gajah Sedunia esok.


Wan Junaidi berkata kementerian menerusi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah melancarkan Pelan Tindakan Konservasi Gajah Kebangsaan (NECAP) pada 27 Nov 2013 yang menggariskan aktiviti konservasi gajah bagi tempoh 2013 hingga 2022.

NECAP adalah sebuah pelan komprehensif untuk memastikan usaha konservasi gajah yang berkesan seperti meningkatkan populasi gajah di habitat utama, melindungi habitat gajah, memperkukuhkan penguatkuasaan undang-undang berkaitan gajah, pengurusan efektif konflik gajah-manusia serta meningkatkan penyelidikan dan pengetahuan tentang ekologi dan biologi gajah.

Hari Gajah Sedunia disambut pada 12 Ogos setiap tahun bermula sejak 2011 bagi mendedahkan masyarakat dunia mengenai usaha-usaha pemuliharaan spesies gajah selain memupuk kesedaran masyarakat tentang ancaman kritikal yang dihadapi oleh populasi gajah di seluruh dunia. – BERNAMA

Kategori