Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Misi Ke India, Bangladesh...

NEW DELHI - Syarikat Malaysia yang menyertai dua misi promosi perdagangan ke Bangladesh...

Lebih 120,000 Tandatangan Petisyen...

SHAH ALAM - Petisyen menggesa kerajaan mengharamkan kumpulan pendesak Cina, Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga...

24 Maut Kenderaan Dinaiki...

BAMAKO - Seramai 24 orang termasuk beberapa ibu dan bayi mereka maut apabila...

Penganggur Dipenjara Setahun Curi...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini...

PPR Ampar Tenang: Janji Tun M, Najib Yang Lunaskan

DENGKIL – Seramai 400 bekas pekerja estet boleh menarik nafas lega setelah janji pembinaan rumah yang selesa ditunaikan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib telah menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Program Perumahan Rakyat (PPR) Ampar Tenang yang diadakan di sini petang tadi.

Najib berkata kerajaan akan sentiasa berusaha untuk memastikan rakyat tanpa mengira kaum dan bangsa dapat menjalani kehidupan yang selesa.

“Di atas inisiatif ini, masalah yang menghantui masyarakat di sini setelah sekian lama akan dapat diselesaikan.

“Dengan pelaksanaan program ini, menandakan berakhirnya perjuangan tuan-tuan dan puan puan untuk memiliki sebuah rumah yang selesa seperti yang dijanjikan kerajaan (kerajaan terdahulu yang dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad),” kata Najib.

400 bekas pekerja estet ini merupakan bekas pekerja-pekerja Ladang Besar, Madingly, Galloway dan Sedgely yang tinggal di rumah kos rendah Taman Permata, Dengkil.

Mereka ini merupakan antara penduduk yang berkorban untuk memberi jalan kepada pembangunan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan pada hari ini iaitu Putrajaya.

Flat Taman Permata yang diduduki mereka berdepan masalah keretakkan teruk pada struktur kediaman, dipercayai akibat tanah mendap.

Menurut Najib lagi, keputusan untuk membina rumah teres setingkat kepada 400 bekas pekerja itu sebagai menunaikan janji yang dibuat Tun M.

“Janji dibuat Tun M, kita tak ubah janji Tun M tapi dia (Tun M) yang mengubah janji dia (tidak menyediakan kawasan kediaman yang selesa dan selamat diduduki),” tambahnya lagi.

Kos pembangunan sebanyak 400 unit rumah itu menelan belanja sebanyak RM60 juta dan projek dijangka siap menjelang Julai 2019.

Berita baik buat penduduk- penduduk tersebut apabila perdana menteri turut mengumumkan pemberian subsidi kerajaan persekutuan bagi setiap unit PPR ini adalah sebanyak RM130,000.


“Nilai sebenar seunit rumah adalah RM150,000 namun harga ditawarkan adalah sebanyak RM20,000 sahaja,” kata Najib lagi.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Menteri Kesejateraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar dan Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

Sementara itu, seorang penduduk, Arumugam A/L Veramuth, 46, melahirkan perasaan gembiranya di atas pelaksanaan projek yang ditunggu-tunggu mereka sejak lebih 20 tahun lalu.

“Saya gembira dengan pelaksanaan projek setelah hampir lebih 20 tahun duduk dalam kawasan perumahan yang tidak selamat diduduki.

“Saya sangat-sangat berterima kasih kepada perdana menteri kerana menunaikan janji untuk memberikan kediaman yang selesa kepada kami,” katanya yang kini bekerja sebagai pengawal keselamatan sebaik ladang tempatnya bekerja diambil bagi memberi laluan kepada pembangunan Putrajaya.

Seorang lagi penduduk yang enggan dikenali pula mengatakan dia bersyukur dengan pengumuman perdana menteri mengenai harga pembayaran rumah sebanyak RM20,000 sahaja yang perlu dibayar mereka.

“Sangat-sangat bersyukur dengan pemberian subsidi sebanyak RM130,000 oleh kerajaan.  Saya sangat gembira dan bersyukur.

“Datuk Seri Najib sememangnya merupakan perdana menteri yang prihatin dengan permasalahan rakyat dan beliau bukan hanya sekadar berjanji sebaliknya turut melaksanakannya.  Sama sekali berbeza dengan perdana menteri sebelum ini,” katanya yang kini bekerja di kilang berdekatan Dengkil selepas ladang tempatnya bekerja turut menjadi ‘mangsa’ pembangunan Putrajaya.

400 bekas pekerja estet itu terdiri daripada 391 berbangsa India, enam Melayu dan tiga kaum Cina. – MYNEWSHUB.CC

Kategori