Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Jerebu: 533 Buah Sekolah...

KUCHING - Sejumlah 533 buah sekolah rendah dan menengah di tiga bahagian di...

Farah Ann Cipta Sejarah...

KUALA LUMPUR - Ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi mencipta sejarah tersendiri apabila...

“Jadi Kawan Biasa Pun...

PELAKON putih melepak kacukan Melayu-Scotland, Emma Maembong memberitahu bahawa gandingannya bersama dengan Alvin...

Zairil Bias & Bersifat...

Membidas kenyataan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari yang mendakwa kemunduran masyarakat...

Presiden Iran Laung Kata Dua Kepada Amerika Syarikat

TEHRAN – Presiden Hassan Rouhani, memberi amaran Iran akan menarik diri daripada perjanjian nuklear 2015 dengan kuasa dunia dalam masa beberapa jam jika Amerika Syarikat (AS) terus mengenakan sekatan baru.

Dalam ucapan di Parlimen menggariskan rancangan bagi penggal baharunya, Rouhani yang turut menyelar Presiden Donald Trump berkata, dunia boleh melihat Washington bukan rakan yang baik.

Kenyataan Rouhani ketika perjanjian nuklear berdepan tekanan hebat selepas Tehran melancarkan ujian dan serangan peluru berpandu, manakala Washington mengenakan sekatan baharu dengan kedua-duanya saling menuduh semangat perjanjian dicabuli.

Rouhani memberi amaran Iran bersedia keluar daripada perjanjian yang menyaksikan penarikan semula kebanyakan sekatan antarabangsa sebagai balasan kepada mengehadkan program nuklearnya, jika terus didesak Washington.

“Mereka yang cuba mengeluarkan ancaman dan sekatan adalah banduan kepada khayalan lalu.


“Jika mereka mahu kembali kepada pengalaman itu, bukan minggu atau bulan tetapi dalam beberapa jam dan hari, kita akan kembali menjadi lebih kuat,” katanya dalam ucapan yang disiarkan menerusi televisyen.

Katanya, Iran mahu mematuhi perjanjian nuklear itu yang disifatkan model kejayaan bagi keamanan dan diplomasi mengatasi perang tetapi ia bukan satu-satunya pilihan yang ada. – AFP/BH ONLINE

Kategori