Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

691 Kes Baharu Covid-19,...

PUTRAJAYA - Penularan Covid-19 dalam negara terus merekodkan angka tertinggi dengan 691 kes...

Emir Qatar Disambut Rasmi...

KUALA LUMPUR - Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, yang mengadakan...

Rumah Kos Rendah: P.Pinang...

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang hari ini memutuskan untuk memberi pengecualian cukai...

Sebuah Kilang Di Gebeng...

KUANTAN - Sebuah kilang yang terletak di Taman Industri Kuantan Malaysia-China (MCKIP) di...

Projek RMMJ Bebas Unsur Kepentingan Politik

JOHOR BAHRU – Komitmen kerajaan negeri dalam pembangunan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) tidak mempunyai unsur kepentingan politik.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata inisiatif dan hasrat kerajaan negeri memenuhi sasaran menyediakan sekurang-kurangnya 60,000 unit RMMJ bagi rakyat Johor menjelang 2020 itu dilakukan berdasarkan kawasan permintaan dan keperluan penduduk.

“Kerajaan negeri akan sentiasa memastikan bahawa rakyat keseluruhannya berada dalam keadaan sejahtera, tidak kira apa kecenderungan politik dan kerajaan lihat soal rumah ini sebagai pendekatan dalam melakukan perseimbangan dalam pembangunan di Johor.

“Pembinaan RMMJ ini juga merupakan janji dan komitmen kerajaan walaupun negara menghadapi keadaan ekonomi yang mencabar, kerajaan negeri tidak meminggirkan soal menyediakan rumah mampu milik dan akan terus beri perhatian dalam soal pembangunan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pecah tanah RMMJ di Zon 2B4, Taman Impian Emas, di sini hari ini.


Mohamed Khaled berkata memandangkan permintaan tinggi terhadap projek pembangunan itu, kerajaan negeri bersedia menghadapi segala cabaran yang bakal timbul.

Beliau berkata sebanyak 5,248 unit RMMJ dijangka siap tahun ini diikuti 14,742 unit pada tahun depan.

RMMJ di Zon 2B4, Taman Impian Emas melibatkan sejumlah 444 unit rumah dua tingkat yang dibangunkan pemaju Gunung Impian Development Sdn Bhd (GIDSB) yang dijangka siap dalam tempoh 36 bulan dengan setiap unit berkeluasan 1,000 kaki, dijual pada harga RM150,000. – BERNAMA

Kategori