Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Lelaki Didakwa Curang Maut...

KUALA LANGAT - Seorang lelaki maut ditikam kekasihnya yang merupakan seorang model sambilan...

Najib Ke SPRM Isu...

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini hadir...

Intai Pelajar, Penganggur Didenda...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur dijatuhi hukuman denda RM2,000 atau penjara tiga bulan...

Video: Saja Nak Cuba...

KOTA BHARU - Tular menerusi media sosial mengenai video tiga pelajar perempuan di...

PRU14 Tidak Akan Berlangsung Oktober – SPR

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan yang tular disebarkan di media sosial bahawa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan berlangsung pada Oktober tahun ini.

SPR dalam satu kenyataan media menegaskan, maklumat yang disebarkan oleh orang ramai di media sosial itu tidak benar sama sekali serta bertujuan mengelirukan masyarakat.

Justeru, SPR sedang memantau dan mengkaji segala berita tidak sahih yang dimuat naik di mana-mana laman media sosial untuk memastikan tidak ada mana-mana pihak cuba mencemarkan reputasi SPR.

“SPR telah mengesan terdapat dakwaan tersebut di media sosial yang mula ditularkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sejak semalam.

“Faktanya, video yang tular itu adalah latihan simulasi oleh kakitangan SPR,” kata kenyataan itu hari ini.


SPR turut mempertimbangkan untuk membuat aduan polis terhadap mereka yang menyebar fitnah dalam media sosial supaya tindakan undang-undang diambil terhadap mereka.

Sebilangan pihak bagaimanapun mempersoalkan sama ada video latihan simulasi SPR tersebut disebarkan oleh kakitangan SPR sendiri. – Mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPR

Kategori