Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Memanah Sasar Sekurang-Kurangnya Ke...

INCHEON - Ketua jurulatih memanah, Abd Rahman Saayon menyasarkan skuad memanah sekurang-kurangnya layak...

Tyra Banks Dipelawa Jadi...

SUPERMODEL Tyra Banks dilapor bakal memberi syarahan di salah sebuah universiti terkemuka Amerika...

Gelandangan Tangkap Tikus Sebagai...

KUALA LUMPUR - Seorang senator hari ini mencadangkan agar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur...

16 Premis Rumah Urut...

KUALA LUMPUR – Enam belas daripada 22 premis rumah urut di sekitar Kuala...

Pura-Pura Nak ‘Trade In’ Phone Sebelum Samun

BERLAKON seolah-olah ingin ‘trade-in’ telefon bimbit, tapi rupa-rupanya ada makna di sebalik kisah nak ‘trade in’ tu.

Daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV), dapat dilihat tiga suspek lelaki menyamar pura-pura mahu ‘trade in’ telefon bimbitnya sebelum nekad mengeluarkan parang yang dihalakan kepada empat pekerja kedai telefon bimbit di Tanjung Karang, Selangor itu.

Kejadian itu disahkan oleh Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, DSP Mohd Asri A. Wahab.

Dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 11.32 pagi semalam, tiga suspek berbangsa Melayu bersenjatakan parang itu telah melarikan sejumlah telefon bimbit berbagai jenama, sebuah tablet dan wang tunai RM300.  Nilai kerugian dianggarkan sebanyak RM18,000.

“Modus operandi suspek adalah dengan membuat ‘trade in’ telefon bimbit yg dibawa dan kemudiannya setelah pembayaran dibuat kepada mereka, mereka telah mengeluarkan parang dari dalam baju masing-masing dan arahkan kesemua empat orang pekerja yang berada pada masa itu supaya tuduk.


“Setelah membuat pembayaran, mereka bertiga telah mengeluarkan parang dari baju mereka dan mengarahkan pengadu dan tiga orang pekerja kedai yang lain tunduk,” kata Mohd Asri memetik kenyataan media.

Suspek melarikan diri dari tempat kejadian dengan menaiki sebuah kereta warna kuning dan pihak polis kini sedang giat memburu ketiga-tiga suspek tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Kategori