Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Pengguna Dinasihat Elak Guna...

SHAH ALAM - Suruhanjaya Tenaga (ST) sekali lagi menasihati pengguna supaya tidak menggunakan...

P.Pinang Larang Hidang Sirip...

GEORGE TOWN - Kerajaan negeri hari ini menandatangani akujanji untuk melarang hidangan makanan...

Kerajaan Isytihar Hari PRU-14...

PUTRAJAYA – Kerajaan hari ini mengisytiharkan 9 Mei sebagai hari kelepasan am tambahan...

Skandal 1MDB: Najib Diperintah...

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Datuk Seri Najib Razak membela...

Pusat Penyelidikan Luar USM Bakal Diwujudkan Di Johol

SEREMBAN – Sebuah Pusat Penyelidikan Luar Universiti Sains Malaysia (USM) bakal diwujudkan di Johol bagi memperingati jasa Naib Cancelor USM yang pertama Allahyarham Tan Sri Profesor Dr Hamzah Sendut, anak jati Johol yang berasal dari Kampong Simpang, Air Mawang.

Pegawai Tugas-tugas khas Yang Teramat Mulia Undang Luak Johol, Md Ghazali Md Yasin berkata cadangan itu diketengahkan ketika lawatan Undang Luak Johol Datuk Undang Muhammed Abdullah ke USM baru-baru ini.

“Perbincangan tersebut menjurus pelbagai faktor antaranya membangunkan Tanah Adat di Luak Johol sebagai kampung atau wilayah lestari dengan membentuk Memorandum Persefahaman dengan Balai Undang.

“Hasil pertemuan tersebut, USM menerima cadangan daripada Balai Undang Luak Johol itu secara positif dan pihak USM dijangka datang melawat Johol untuk melakukan analisis situasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata pemilihan Luak Johol untuk menjalankan penyelidikan dilihat amat sesuai disebabkan Johol kaya dengan sumber asli seperti hutan simpan, sungai, air terjun, pertanian, perladangan dan penternakan yang memberi banyak ruang kepada para saintis menjalankan penyelidikan. – BERNAMA

Kategori