MALANG memang tidak berbau. Malah, malang juga takkan bagitahu bilakah masa dia nak datang, bila masa pula dia nak serang.
Syukur Puteri Sarah Liyana dan bayi lelakinya, Syaikhul Islam tidak mengalami apa-apa kecederaan serius akibat kemalangan kecil yang menimpa mereka berdua baru-baru ini.
Puteri Sarah yang merupakan isteri kepada pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof telah berkongsi kisahnya menerusi akaun Instagram miliknya dua hari lalu.
Kata Puteri Sarah lagi, kejadian itu berlaku di kawasan rumahnya ketika waktu hujan apabila sebuah kereta yang tidak sempat untuk menekan brek kemudian telah merempuh keretanya dari belakang.
Namun keretanya tidak mengalami kerosakan teruk, cuma calar sedikit tetapi sebaliknya kepada kereta yang melanggarnya itu apabila dikatakan agak teruk rosaknya.
Nasib baik ketika kejadian berlaku, bayinya itu sedang berada di dalam car seat. Walaupun agak cemas kerana hanya mereka berdua sahaja di dalam kereta itu, tapi Sarah tetap mengutamakan keselamatan bayinya itu.
Sarah juga sempat berpesan kepada ibu bapa di luar sana supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu lebih-lebih lagi jika ada anak kecil. Maklumlah, kita tak tahu apa yang bakal terjadi.
Jadi, lebih baik kita elak dulu sebarang perkara tidak diingini daripada berlaku. Sarah juga menekankan supaya ibu bapa meletakkan anak kecil mereka dalam car seat ketika berada di dalam kereta. – MYENWSHUB.CC/Ainaa Hafizah