Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Parti Bodoh Akan Tunduk...

SELEPAS membaca apa yang Anina katakan mengenai pemecatan beliau dan bahawa "hanya sebuah...

Muhyiddin Adakan Pertemuan Tertutup...

KOTA BHARU - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan tertutup...

7 Selebriti Dikompaun Berjumlah...

KUALA LUMPUR - Tujuh selebriti yang disiasat berhubung kes pelanggaran prosedur operasi standard...

14 Tahun Tak Keluar...

NEW YORK - Sukar untuk dipercayai bagaimana enam beradik ini sanggup hidup di...

Puteri UMNO Minta Rakyat Tolak Politik Fitnah

PEKAN – Puteri UMNO meminta rakyat menolak budaya politik berasaskan fitnah yang dimainkan pembangkang termasuk dakwaan pilihan raya umum (PRU) ke-14 ini bakal menjadi PRU paling kotor.

Ketuanya Datuk Mas Ermiyaties Samsudin berkata pembangkang menggunakan modal sama pada PRU-13 apabila mendakwa kerajaan membawa masuk 40,000 warga Bangladesh untuk membantu kemenangan Barisan Nasional yang pada akhirnya terbukti tidak benar.

“Selepas terbukti bahawa dakwaan itu tidak benar, kini mereka guna taktik sama… cuba mengelirukan rakyat dengan modal sama dan mengatakan bahawa PRU akan datang pula bakal menjadi pilihan raya paling kotor.

“Ini semua taktik yang kita bimbang boleh mengelirukan dan akhirnya, boleh mengakibatkan keadaan tidak stabil dalam negara,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Pekan di Dewan Amphitheatre Bangunan UMNO Bahagian Pekan, di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Puteri UMNO Bahagian Pekan, Malia Irdawatie Khairuddin dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan Datuk Shahrudin Ahmad.


Mas Ermieyati berkata pembangkang kini sudah tiada idea untuk memburukkan kerajaan sehingga terpaksa mengeluarkan pelbagai tomahan dan fitnah yang tidak masuk akal.

“Mereka dah tiada idea…tiada cara nak merampas kepercayaan rakyat yang kelihatan semakin pulih kepada kerajaan, jadi mereka keluar kenyataan berbentuk fitnah.

“Mereka tidak kisah ia betul atau tidak kerana apa yang penting mereka akan terus berusaha menjatuhkan kerajaan,” katanya. – BERNAMA

Kategori