Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Britain Bekal Peluru Berpandu...

LONDON: Britain memaklumkan akan membekalkan peluru berpandu pertahanan udara kepada Ukraine susulan serangan...

Perlu Lebih Empati Dalam...

KUALA LUMPUR - "Saya akan berdebar, sedih, menangis setiap masa, tiada selera makan,...

3 Anggota Polis Dilepas...

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai polis wanita dan dua anggota polis dilepas tanpa...

Skuad Hoki Wanita Kekal...

KUALA LUMPUR - Skuad hoki negara mengekalkan latihan berintensiti tinggi pada Ramadan ini...

Rakyat AS Dilarang Masuki Korea Utara

NEW YORK – Amerika Syarikat (AS) mengarahkan semua rakyatnya meninggalkan Korea Utara sebelum 1 September depan susulan hubungan kedua-dua negara yang semakin renggang sejak pelantikan Presiden Donald Trump.

Arahan itu turut menyatakan bahawa rakyat AS yang mahu mengunjungi republik tersebut untuk mendapatkan pengesahan khas berkuatkuasa serta-merta.

Hanya pihak meda dan staf kemanusiaan dibenarkan untuk memohon akses ke negara tersebut.

Arahan terbaharu itu menjadikan Korea Utara sebagai satu-satunya negara yang menyaksikan rakyat Amerika dilarang memasuki republik tersebut.

Pihak berkuasa AS berkata, arahan tersebut dikeluarkan ekoran pelaksanaan sekatan baharu termasuk larangan perjalanan ke atas Pyongyang berkuatkuasa 1 September ini.

Trump meluluskan sekatan baharu itu susulan kedegilan Korea Utara menjalani ujian peluru berpandu balistik dan ujian nuklear sejak awal tahun lalu.


Berdasarkan larangan itu, rakyat AS yang berada di Korea Utara perlu keluar dari negara tersebut sebelum 1 September.

Sekatan berkenaan akan berkuatkuasa selama 30 hari dan boleh berlanjutan selama setahun berdasarkan perkembangan semasa hubungan kedua-dua negara. – Mirror.uk/mStar Online

Kategori