Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pelanggan Meninggal Dunia Tiba-Tiba...

SEORANG pelanggan berusia dalam lingkungan 40-an meninggal dunia secara tiba-tiba dipercayai akibat serangan...

Israel Bedil Masjid Bersejarah...

GAZA: Serangan udara Israel memusnahkan Masjid al-Omari yang bersejarah di utara Semenanjung Gaza,...

Amerika Syarikat-ASEAN Bakal Perkukuhkan...

LOS ANGELES - Dalam era pasca Perang Dingin, amat jarang sekali Presiden Amerika...

Politikus India Kantoi Berlakon...

NEW DELHI – Tindakan seorang ahli politik parti pemerintah India yang mahu menjadi...

Ratu Terjun Pandalela Pertahan Emas Sukan SEA

KUALA LUMPUR – Ratu terjun Malaysia Pandelela Rinong mengekalkan pingat emas acara 10m platform Sukan SEA untuk empat kali berturut-turut di Pusat Akuatik Nasional di sini, hari ini.

Penerjun berumur 24 tahun itu mengumpul 341.65 mata untuk mempertahankan gelarannya itu.

Penerjun Singapura Freida Lim Shen-Yan memenangi pingat perak dengan 274.65 mata manakala penerjun muda negara Kimberly Bong Qian Ping meraih pingat gangsa dengan 255.05 mata.

Pandelela, pemenang pingat perak Olimpik Rio itu, memenangi acara 10m platform pada edisi 2009 Vientiane, 2011 Palembang, 2013 Nay Phi Taw dan 2015 Singapura, di samping emas dalam acara 10m seirama pada edisi 2007 dan 2009.

Ini merupakan pingat emas kedua diraih Pandelela pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 selepas menjuarai acara pasukan campuran pada Sabtu bergandingan dengan Gabriel Gilbert Daim.

Bercakap kepada pemberita selepas upacara penyampaian pingat, Pandelela berpendapat beliau mampu melakukan lebih baik lagi namun tetap gembira dengan kejayaan meraih emas.

“Saya agak terkilan kerana tidak buat yang terbaik, ada satu dua terjunan yang saya boleh perbaiki lagi. Bagaimanapun saya gembira kerana dapat pertahankan emas kerana bukan senang untuk kekalkan emas setiap tahun,” kata.

Melihat keazaman dan kegigihan Kimberly yang baru berusia 15 tahun, ratu terjun itu terkenang akan penampilan pertamanya dalam Sukan SEA pada 2007, memenangi pingat perak acara 10m platform.


“Saya rasa Kimberly memang berbakat dan dia punya kocakan air sangat bagus dan kelas dunia, mampu pergi jauh. Saya pun kena belajar daripada dia.

“Saya rasa dalam setahun beliau boleh capai tahap yang lebih baik dan meningkatkan tahap kesukaran dia,” katanya.

Bagi Kimberly, yang pertama kali beraksi pada Sukan SEA, beliau perlu berusaha mengatasi rasa gementar.

“Saya agak gugup dan gementara kerana ini pertama kali, jadi kurang bagus. Saya perlu relaks dan hanya fokus pada terjunan saya,” katanya. – BERNAMA

Kategori