Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

KUIS Buka Peluang Sambung...

KUALA LUMPUR – Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) kini membuka peluang kepada pelajar...

COVID-19: Mekanik Mabuk, Halang...

SUNGAI SIPUT - Seorang mekanik mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Sungai Siput di...

Jangan Salah Tafsir Maksud...

KANGAR - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mengingatkan semua pihak...

Tiga Beranak Diikat, Dirompak

PONTIAN - Sepasang suami isteri bersama-sama seorang anaknya disamun tiga lelaki warga asing...

Lanjut Reman Bekas Pegawai Khas Bekas Pengerusi Felda

PUTRAJAYA – Mahkamah Majistret di sini hari ini melanjutkan perintah reman bekas pegawai khas kepada seorang bekas pengerusi Felda selama tiga hari lagi untuk membantu siasatan pembelian sebuah hotel di Kuching, Sarawak oleh Felda Investment Corporation (FIC) pada 2014.

Majistret Muhamad Safuan Azhar membenarkan lanjutan tempoh reman terhadap lelaki berusia 51 tahun itu yang bermula esok hingga 8 Ogos selepas mendengar permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek yang berpakaian lokap SPRM dan bergari, tiba di mahkamah itu pada 8.30 pagi.

Dia ditahan di ibu pejabat SPRM pada 4 pagi, 1 Ogos lepas, setelah dibawa dari rumahnya di Kuala Lumpur pada 12.30 tengah malam untuk memberi keterangan.


Semalam, tiga pengarah syarikat berusia 57, 47 dan 51 tahun yang ditahan pada Sabtu lepas bagi membantu siasatan kes itu, dibebaskan dengan jaminan SPRM.

FIC dipercayai membeli hotel empat bintang itu pada harga yang melambung. Maklumat awal hasil siasatan pasukan penyiasat mendapati pembelian hotel tersebut menyebabkan FIC kerugian ratusan juta ringgit. – BERNAMA

Kategori