Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Indonesia Musnahkan Lebih 9...

JAKARTA: Semakin banyak vaksin COVID-19 tamat tempoh terpaksa dilupuskan sebelum memulakan program imunisasi...

Percaya Pada Takdir, Kamal...

PELAKON popular, Kamal Adli sedar dirinya bakal dihujani dengan soalan tipikal membabitkan soal...

Doktor Disaman Kerana Sindir...

Virginia – Ketika anda sedang terbaring tidak sedarkan diri di dalam bilik bedah,...

Budak 13 Tahun Tak...

CHUKAI: Seorang remaja berusia 13 tahun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas...

Rempuhan Kereta: Tentera Perancis Cedera

PARIS – Enam anggota tentera Perancis cedera dirempuh sebuah kenderaan dalam kejadian di barat laut Paris awal pagi tadi.

Menurut laporan agensi berita China Xinhua, pemandu itu kemudiannya memecut kenderaannya meninggalkan tempat kejadian.

Jurucakap polis berkata dua daripada anggota tentera yang dilanggar cedera parah manakala empat lagi mangsa mengalami kecederaan ringan.

Datuk Bandar Levallois-Perret Patrick Balkany berkata serangan itu seumpama itu tidak dapat diterima dan ia perbuatan yang amat memalukan.

Balkany berkata penyerang yang menaiki kereta jenis BMW itu menunggu di kawasan lorong sebelum merempuh anggota tentera yang baharu sahaja keluar daripada berek mereka untuk melakukan rondaan pukul 8.15 pagi tadi (0715 GMT).


Pihak berkuasa kini menggerakkan usaha mengesan pemandu dan kenderaan yang digunakan dalam serangan itu.

Jurucakap polis berkata kes masih dalam siasatan. – BERNAMA

Kategori