Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

BNM Keluar Duit Syiling...

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) mula mengeluarkan duit syiling peringatan khas...

JBPM Usaha Selamat Pendaki...

GUA MUSANG - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang berusaha menyelamatkan seorang...

4 Kawasan Catat IPU...

KUALA LUMPUR - Empat kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat...

Polis Siasat Isu Remaja...

IPOH - Polis Perak akan menyiasat dakwaan menyatakan seorang remaja lelaki dipukul sehingga...

Ronaldo: Orang Cemburu Dengan Kejayaan Saya

GARA-gara disabitkan tuduhan mengelak membayar cukai jutaan euro, Cristiano Ronaldo menyifatkan ia adalah disebabkan daripada tindakan orang yang tidak menyenangi kejayaan serta kecemerlangan yang diraihnya dalam bidang sukan.

“Apa yang mengganggu orang ialah kecemerlangan saya, serangga hanya menyerang lampu yang bercahaya!” kata penyerang Real Madrid itu memetik kapsyen Bahasa Portugis di laman Instagram miliknya.

O que incomoda as pessoas é o meu brilho, insetos só atacam lâmpadas que brilham!!!!

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano) on

BACA: Ronaldo Nafi Palsu Dokumen Cukai Pendapatan

Isnin lalu, Ronaldo menghabiskan masa selama 90 minit bagi menjawab soalan hakim, Monica Gomez, pada pendengaran tertutup di Pozuelo de Alarcon, kawasan kejiranan mewah di Madrid di mana Ronaldo menetap.

Sebaik pendengaran itu, kes ini masih lagi berada dalam siasatan pihak berkaitan.


Jun lalu, Ronaldo telah disabitkan dengan tuduhan cuba mengelak cukai sebanyak 14.7 juta euro (RM74.38 juta).

Wakil Ronaldo pernah mengeluarkan kenyataan di mana Ronaldo menafikan semua pertuduhan tersebut di mana dia sentiasa membayar kembali cukai dan tidak pernah berniat untuk mengelak berbuat demikian. – MYNEWSHUB.CC

Kategori