Saturday, December 28, 2024

Creating liberating content

United Tundukkan Arsenal 2-1,...

LONDON - Wayne Rooney mencipta kejayaan manis Manchester United untuk kembali di persada...

Bekas Wanita Pertama AS...

BEKAS Wanita Pertama Amerika Syarikat (AS), Barbara Bush, meninggal dunia pada Selasa, dalam...

‘Lepas Tikam Belakang, Muhyiddin...

Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mendakwa Muhyiddin Yassin meminta sokongannya dalam usaha...

Cub Prix: Kasma Ungguli...

KASMA Daniel Kasmayudin berada di landasan terbaik untuk meraih kemenangan keenam dalam kategori...

Rumah Kelahiran Mahathir Cetus Misteri Info Bapanya

ALOR SETAR – Tular diperkatakan mengenai perkataan Kutty atau Kerala yang dikaitkan kepada Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad, akhir-akhir ini.

Ia menjadi ‘panas’ kembali setelah Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan latar belakang identiti tokoh veteran itu ketika berucap baru-baru ini.

Pembongkaran bekas tahanan politik era Mahathir itu menyebabkan ramai pemimpin pembangkang ‘melenting’ walhal selama 22 tahun pentadbiran bekas perdana menteri tersebut, mereka hina dengan pelbagai gelaran buruk.

Siapa yang tidak boleh lupa ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu selepas dipecat jawatan dalam kerajaan pada 1998, nama Mahathir diejek dan asal-usul keturunannya diaibkan sebagai bahan jenaka politik.

Susulan itu, sebuah portal tempatan, Kedahnews.com melawat Rumah Kelahiran Mahathir di No.18, Lorong Kilang Ais off Jalan Pegawai Seberang Perak di bandar raya ibu negeri Kedah yang popular dalam kalangan pelancong.

Hasilnya agak hampa apabila salasilah keturunan sebenar ketua kerajaan yang paling lama mentadbir negara kita itu dan bersumberkan Arkib Negara hanyalah dari keturunan sebelah ibu Mahathir, Wan Tempawan Wan Hanapi.

Walhal sebagai Muslim, ia sepatutnya mengikut nasab di sebelah bapa. Tinjauan mendapati salasilah di sebelah ibunya adalah dari keturunan Wan Su yang juga merupakan Dato’ Temenggong Kulut di Bukit Lada, Kedah.

Susur galur itu diikuti nenek moyangnya iaitu Wan Net Wan Su, Wan Aman Wan Net dan anaknya, Wan Tam Wan Aman yang bernikah dengan Wan Mat Zahir tetapi kemudian bercerai untuk bernikah dengan Cik Mohd. Hassan.

Wan Tam bagaimanapun bercerai untuk kahwin semula dengan bekas suami terdahulu, Wan Mat. Dia melahirkan Wan Hanapi yang berkahwin dengan Cik Rabiah iaitu datuk dan nenek kepada Mahathir di sebelah ibu.

Hasil perkahwinan pasangan ini maka lahirlah ibu Mahathir iaitu Wan Tempawan pada tahun 1895. Dia mulanya bernikah dengan Wan Hassan, tetapi bercerai dan kemudian berkahwin dengan Mohamad bin Iskandar.


Hasil perkahwinan kedua-dua ibu bapa Mahathir itu dikurniakan enam orang anak iaitu Rafiah (Puteh), Habsah (Bibi), Mahadi, Johara, Mashahor dan Mahathir yang terakhir sebagai bongsu apabila lahir pada 10 Julai, 1925.

Difahamkan Mahathir juga ada dua orang abang dan seorang kakak lagi hasil perkahwinan terdahulu bapanya, Mohamad. Namun tiada sebarang maklumat yang mendedahkan butiran perkahwinan pertama ayahnya itu.

Maklumat di Rumah Kelahiran Mahathir tentang susur galur bapanya juga sangat sedikit iaitu hanya menjelaskan mengenai dirinya sahaja yang lahir pada 1881 dan meninggal dunia pada tahun 1960 dalam usia 81 tahun.

Malah keturunan Mohamad terhenti di peringkat datuknya, Iskandar yang dikatakan berasal dari Pulau Pinang. Info rasmi Arkib Negara itu juga sekali gus menafikan dakwaan disiarkan laman Facebook, Mukhriz Mahathir FC.

Ia mengatakan datuk Mahathir, Iskandar, kononnya berasal dari Kerala, India. Ternyata penyokong anak Mahathir yang juga bekas menteri besar Kedah itu sendiri ‘kantoi’ dan cuba putar belit maklumat rasmi keturunan beliau.

“Yang datang dari Kerala bukan Ayahanda Tun M tetapi Nenda Tun M bernama Iskandar. Kerala adalah bukan Bangsa asal India tetapi berketurunan Yaman,” tulis pentadbir laman Facebook pro-Mukhriz tersebut sebelum ini.

Tinjauan juga mendapati tiada sebarang perkataan Kutty atau ungkapan ‘Anak Lelaki (a/l)’ tertulis pada nama bapa atau datuk Mahathir, malah tidak disebut Mohamad atau Iskandar konon berasal dari keturunan Yaman.

Maklumat di Rumah Kelahiran Mahathir itu secara tidak langsung mencetuskan tanda tanya cepumas, apakah sebenarnya keturunan bapa tokoh tersebut atau adakah rahsia itu sengaja disorok? – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori