Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pengubahsuaian Bajet 2016 Wajar...

PETALING JAYA - Pengubahsuaian Bajet 2016, yang bakal dibentangkan pada 28 Januari ini...

[Parlimen] Tambah Baik Akta...

KUALA LUMPUR : Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2021 (Akta 731) akan ditambah baik...

Kumpulan Pertama 489 Jemaah...

PETALING JAYA - Kumpulan pertama 489 jemaah haji Malaysia bakal berlepas ke Tanah...

Harga Produk Ikea Meningkat...

AMSTERDAM – Syarikat gedung perabot terkemuka, Ikea, menaikkan harga jualan produknya sebanyak sembilan...

Rumah Kongsi Terbakar, Seorang Lelaki Rentung

TAPAH – Seorang lelaki warga Bangladesh ditemui rentung dalam kejadian kebakaran rumah kongsi pekerja 126 bilik di Batu 2, Jalan Lama, Bidor – Tapah, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor, Ridzuan Bahida Baharuddin berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 2.37 pagi tadi sebelum sepasukan anggota melibatkan enam anggota dari BBP Bidor dan 10 anggota dari BBP Tapah bergegas ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, sebanyak 126 bilik sedang terbakar dan kebakaran berjaya dikawal kira-kira pukul 3.30 pagi tadi.

“Bagaimanapun, semasa proses terakhir memadamkan bara-bara api, beberapa anggota telah menemui mayat seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh berumur lingkungan 30-an telah rentung terbakar,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ridzuan Bahida berkata operasi berjaya dipadam sepenuhnya kira-kira pukul 4.30 pagi tadi. – BERNAMA

Kategori