Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Wanita Buang Bayi Lelaki...

KOTA TINGGI - Polis menahan seorang wanita berusia 27 tahun susulan laporan penemuan...

Azlan Man Nafi Akan...

KANGAR - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man hari ini menafikan khabar...

Bomoh Ibrahim Mat Zin...

NAMPAKNYA dukun Raja Bomoh Malaysia sudah kembali!! Kali ini, bomoh yang mendakwa dirinya...

Ivory Lancarkan Kad Keistimewaan...

GEORGETOWN - Syarikat pemaju dari Pulau Pinang, Ivory Properties Group Bhd (Ivory) telah...

Rumah Pam Alor Pongsu Perlu Dibina Semula

BAGAN SERAI – Rumah pam yang sudah siap 80 peratus di Alor Pongsu di sini perlu dibina semula setelah mengalami pelbagai kerosakan akibat berlaku mendapan tanah di Ban Kampung Matang Pasir pada Sabtu lalu.

Anggota Dewan Undangan Negeri  Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat berkata kira-kira RM4.8 juta diperlukan bagi membina  struktur baharu kerana ia didapati  tidak selamat digunakan.

Beliau berkata kejadian yang berlaku pada pukul 10 pagi itu berpunca daripada mendapan tanah pada sebahagian ban yang menyebabkan tambak ban tidak mampu menampung bebanan berlebihan.

“Dalam tinjauan bersama penduduk setempat, kami mengenal pasti sekurang-kurangnya 20 meter panjang ban mengalami rebakan teruk.

“Hampir keseluruhan struktur tanah di sekeliling rumah pam itu mengalami mendapan menyebabkan bangunan itu tidak selamat untuk digunakan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sham berkata pihaknya dimaklumkan Jabatan Pengairan dan Saliran sedang membuat kajian untuk  membaik pulih semula struktur ban yang rebak itu.


Katanya JPS kini merancang untuk menambak semula tanah ban yang terjejas dengan menggunakan cerucuk besi bagi memastikan struktur ban yang bakal dibaik pulih lebih kukuh.

Menurutnya, ban tersebut adalah sebahagian daripada pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Kerian.

“Tujuan pembinaan rumah pam di kawasan ban itu sebenarnya untuk membendung kejadian banjir melibatkan kawasan Kampung Matang Pasir dan Changkat Lobak pada setiap kali tiba musim tengkujuh,” katanya. -BERNAMA

Kategori