Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Kementerian Kesihatan Buat Laporan...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan yang mendakwa...

Wajah Terbaru Pelakon Siri...

BAGI yang menggemari filem magis Harry Potter pastinya merindui kegemilangan filem itu yang...

Ozil Dedah Kenapa Dia...

PENYERANG Jerman Mesut Ozil telah menghabiskan masa tiga tahun bersama bintang Portugal Cristiano...

Melaka Sedia Pinda Undang-Undang...

Kerajaan Melaka bersedia meminda perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri bagi melaksanakan Rang Undang-Undang...

RUU (Perkahwinan & Penceraian) Pindaan 2017 Dibentang

KUALA LUMPUR – Sehari selepas menarik balik Rang Undang-undang (RUU) Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016 yang sepatutnya di peringkat bacaan kedua, kerajaan hari ini membentangkannya untuk pindaan 2017 di Dewan Rakyat.

Dengan nama Rang Undang-undang Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2017, ia dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said untuk bacaan kali pertama.

Ketika pembentangan, Azalina turut memaklumkan bahawa bacaan kedua dan ketiga RUU itu akan dibuat pada sesi mesyuarat Dewan Rakyat kali ini juga.
Sesi Dewan Rakyat ini yang bermula 24 Julai lepas dijadualkan berakhir pada 10 Ogos.

RUU cadangan pindaan 2016 dijadual dibentangkan untuk bacaan kedua dan dibahaskan semalam, sebelum Azalina memohon untuk menangguhkan dan menarik balik RUU itu,

Azalina dalam satu kenyataan semalam berkata RUU baharu akan menggantikan RUU pindaan 2016 yang telah dibentang untuk bacaan kali pertama pada November tahun lepas.


Katanya RUU baharu itu menyaksikan pindaan dengan menggugurkan Fasal 88A pada akta berkenaan bagi mengelak amalan penukaran agama anak-anak secara unilateral (persetujuan sebelah pihak).

“Pindaan ini dibuat agar tidak berlaku percanggahan dalam mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan selaras dengan prinsip doktrin stare decisis di mana keputusan Mahkamah tertinggi terhadap pentafsiran Fasal (4) Perkara 12 adalah terikat,” katanya. – BERNAMA

Kategori