Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Enggan Jadi PM Gimik...

IPOH - Tindakan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak jawatan perdana...

Aliran Trafik Di L/Raya...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di semua lebuh raya utama dilaporkan lancar setakat...

Penduduk Sundang Darat Batu...

SANDAKAN - Seramai 60 penduduk kurang berkemampuan di Kampung Sundang Darat Batu Sapi...

Aliff Syukri Mohon Maaf

CYBERJAYA : Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman memohon maaf kepada semua...

Sabah Mohon RM200 Juta Baik Pulih Pembentungan

TAWAU – Kerajaan Sabah akan memohon peruntukan bernilai RM200 juta dalam bentuk geran daripada kerajaan persekutuan bagi menggerakkan dan memulihkan semula perkhidmatan sistem pembetungan di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata permohonan itu dibuat supaya keperluan membaik pulih perkhidmatan sistem pembetungan dapat dijalankan secara serentak di seluruh Sabah.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Infrastuktur Sabah itu berkata permohonan itu berdasarkan kepada kos anggaran yang dinilai oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah selepas mengambil alih sepenuhnya sistem perkhidmatan pembetungan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Di Tawau sahaja memerlukan peruntukan sebanyak RM40.96 juta tahun ini bagi kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraaan sistem pembetungan di kawasan perbandaran Tawau,” katanya selepas mendengar taklimat wakil-wakil JKR dan Jabatan Air di Dewan Majlis Perbandaran Tawau mengenai isu-isu pembetungan di Tawau dan taklimat mengenai skim bekalan air Tawau Fasa III: Reka Bentuk dan Pembinaan Empangan Air.

Menurutnya pada tahun ini sahaja, JKR Tawau akan membaik pulih sistem pembetungan lapan kawasan yang di kenal pasti iaitu di Taman Semarak 2C, Taman Daya Usaha, Taman Bukit Bintang, Taman First Sin Onn Avenue, Taman Cynthian Lama, Kompleks Fajar, Taman Kuhara Indah dan Pekan Kinabutan.

“Bagi kawasan lain di Tawau, pembaikan akan turut dilakukan pada tahun depan tetapi bergantung kepada peruntukan yang di peroleh,” katanya lagi.


Hari ini, Pairin turut meninjau Sentral Septik Tank Pekan Kinabutan, Stesen Pam Kompleks Fajar dan STP Tiku.

Semalam, beliau sempat meninjau beberapa kawasan jalan raya dari Keningau sehingga Tawau dan mendengar taklimat mengenai perkembangan Jalan Sepulut-Kalabakan. – BERNAMA

Kategori