Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pelayan Robot Kerja 12...

ROBOT di Kafe Enjoy Budapest sememangnya serba boleh - dari menghidangkan makanan dan...

JPN, 2 Lagi Dibenar...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan akan mendengar dan membuat keputusan sama ada untuk membenarkan...

Hasni Menang Selesa Di...

JOHOR BAHRU : Datuk Seri Ir. Hasni Mohamad menang selesa di Dewan Undangan...

Sultan Johor Titah Polis...

MURKA... Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar murka tindakan golongan mat rempit...

Sarawak Laksana Dua Inisiatif Baharu Tahun Depan

BINTULU – Beberapa inisiatif baharu bagi merancakkkan lagi pembangunan ekonomi Sarawak akan dilaksanakan mulai Januari tahun depan, kata Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg hari ini.

Menurut beliau, satu daripadanya ialah penubuhan Pihak Berkuasa Multimedia Sarawak bagi mengawal selia perkongsian dan pendigitalan data perniagaan.
“Saya akan bentangkan Ordinan Multimedia Sarawak pada persidangan Dewan Undangan Negeri November ini ,” kata Abang Johari semasa berucap pada majlis sambutan Hari Kebangsaan 2017 peringkat negeri di Dewan Suarah Bintulu di sini.

Abang Johari, yang juga Menteri Kewangan dan Perancang Ekonomi negeri, berkata Sarawak Development Bank Berhad (DBOS) pula dijangka mula beroperasi menjelang Januari 2018, dengan objektif utama untuk menyediakan pembiayaan bagi projek strategik di Sarawak.

Katanya, selain itu, bank berkenaan juga akan membiayai perbelanjaan untuk membaiki lebih 1,000 sekolah berkeadaan uzur di negeri ini.

Untuk rekod, Sim Kheng Boon, 62, dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pertama DBOS, manakala Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dilantik sebagai pengerusi lembaga pengarah bank itu.

Abang Johari juga memberi penghargaan kepada atlet Sukan SEA 2017, terutama dari Sarawak, yang memenangi pingat untuk negara.


Beliau tidak ketinggalan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana meluluskan projek Lebuhraya Pan Borneo dan kesediaan mengadakan perbincangan mengenai penurunan kuasa.

Sebanyak 80 kontinjen dengan lebih 3,000 anggota terdiri daripada wakil pertubuhan bukan kerajaan, parti politik, pelajar, ketua masyarakat, jabatan kerajaan persekutuan dan negeri mengambil bahagian dalam upacara perbarisan dan perarakan pagi ini.

Yang d-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud, anggota Kabinet negeri dan pemimpin masyarakat adalah antara orang kenamaan yang menghadirinya. – BERNAMA

Kategori