Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jumlah Mangsa Banjir Di...

JOHOR BAHRU - Mangsa banjir di Johor setakat petang ini meningkat kepada 395...

Filem Lakonan 2 Pelakon...

KUALA LUMPUR - Filem Crazy Rich Asians yang menggandingkan dua pelakon antarabangsa kelahiran...

KDN Lancar Pelan Holistik...

PUTRAJAYA - Pelan Holistik Penguatkuasaan Pendatang Asing Tanpa Izin akan dilancarkan tahun depan...

PAS Kembali Kepada Pakatan:...

KUALA LUMPUR - Kelihatan seperti sudah berpakat, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR),...

Sasbadi, Animasia Studio Meterai MoU Kerjasama

KUALA LUMPUR – Penerbit bahan pendidikan Sasbadi Holdings Bhd menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan pakar kandungan animasi dan reka bentuk multimedia, Animasia Studio Sdn Bhd bagi meneroka kerjasama lebih luas.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Sasbadi berkata kerjasama berkenaan akan membolehkan syarikat, sebagai pemegang lesen penerbitan induk, untuk menerbit, menyiar, mengedar, memasarkan dan menjual bahan bercetak, dan memberikan hak penerbitan kepada mana-mana pihak ketiga.

“MoU itu tidak dijangka memberi sebarang kesan material pada pendapatan sesaham, aset bersih sesaham, nisbah hutang dan modal saham Sasbadi Holdings untuk tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2017,” katanya.

Semasa ditutup hari ini, saham Sasbadi Holdings naik lima sen kepada 89.5 dengan 154,100 saham diniagakan.


Animasia Studio memberi tumpuan pada pembangunan kandungan kreatif, karya seni konsep, reka bentuk watak, produksi animasi, komik digital, produksi audio, dan pelesenan karakter dan barangan. – BERNAMA

Kategori