Sunday, December 29, 2024

Creating liberating content

Anak Lelaki Ahmad Hakimi...

Tak siapa menduga anak kecil berusia sembilan bulan ini akan kehilangan bapanya dalam...

Sikap Peniaga Cina Ini...

KISAHƃā€šĆ‚Ā ini asalnya telah dikongsikan di pautan Facebook Nadzmi Nadzir,ƃā€šĆ‚Ā menceritakan bagaimana pengalamannya berurusan dengan...

Sokong Pengganas: Hukuman Penjara...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 10 tahun...

Kurang Ajar! Wanita Kirim...

SEPERTI diketahui ramai, perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yangƃā€šĆ‚Ā terkena jangkitan penyakit...

Saudi & Sekutu Wajar Henti Serangan Terhadap Sanaa

SERANGAN terbaharu Arab Saudi dan sekutunya terhadap Sanaa di Yaman semalam wajar dihentikan.

Serangan itu dianggap keterlaluan memandangkan Sanaa kini berdepan dengan krisis kemanusiaan yang teruk dengan 10 ribu nyawa kanak-kanak terdedah pada maut akibat kebuluran.

Serangan itu, kata sumber UNICEF: “Satu perbuatan zalim memandangkan laporan krisis kemanusiaan sudah didedahkan bagi pertimbangan Arab Saudi dan sekutunya.

“Terdapat 10 ribu kanak-kanak dilanda kebuluran serius. Serangan ini satu perbuatan tidak wajar ketika Sanaa dikepung dan pekerja kemanusiaan dilarang memasuki bandar itu untuk menjalankan misi bantuan.

“Seluruh sistem hidup musnah sejak Sanaa dikepung. Guru bekerja tanpa gaji, dan akses air bersih langsung tidak ada.”

Keadaan bandar Sanaa yang dipenuh ribuan tan sampah juga menyebabkan penyakit bawaan lalat dan udara tersebar dengan mudah.

Di Norway, Ketua Setiausaha Pelarian, Jan Egaland mengutuk keras serangan terbaharu itu.

Katanya, ia memburukkan lagi krisis wabak taun yang kini meluas dan menjadi pembunuh senyap selain 10 ribu nyawa yang maut sejak serangan udara dilancarkan.

“520 ribu pengidap taun disahkan hidup tanpa akses perubatan berbanding hanya 2,000 yang dilaporkan tiga bulan lalu. Wabak merebak dengan cepat kerana isu tiada bekalan air bersih,” kata Egaland pada CNN.


Sebagai aktivis yang lebih tiga dekad mengurus krisis kemanusiaan, Egaland turut mengkritik sikap Majlis Keselamatan PBB yang enggan bertindak melaksanakan proses keamanan di Yaman.

“Sanaa perlukan gencatan senjata dan krisis politik ini tidak wajar berterusan dengan serangan udara,” katanya ketika diwawancara CNN.

Krisis Syria kata Egaland, mengakibatkan 500 ribu nyawa terbunuh, tetapi di Sanaa angka yang sama dibiarkan mati perlahan-lahan akibat taun.

Egaland merayu Majlis Keselamatan PBB bertindak segera menghentikan serangan udara dan gencatan senjata mesti dilaksanakan bagi membolehkan misi kemanusiaan dihantar ke Sanaa.

Kata Egaland, Sanaa kini pusat musibah taun yang paling teruk di dunia.Ā Pakatan tentera Arab Saudi menyerang Sanaa yang dikuasai pemberontak Syiah yang disokong Iran.

Ia menjadi perang mahzab sejak pejuang Houti merampas kuasa di bandar itu menjatuhkan kerajaan Abdul Rabah Mansor Hadi yang disokong Riyadh. – MYNEWSHUB.CC

Kategori