Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Pergerakan Tanah Apartment Teratai...

KUALA LUMPUR - Pergerakan tanah masih berlaku pada tahap minimum di kawasan tanah...

Kambing Berani Jadi Sahabat...

Moscow - Seekor kambing sepatutnya menjadi hidangan tengah hari seekor harimau apabila dimasukkan...

Kuku Dan Taring Harimau,...

KUALA LUMPUR - Kuku dan taring harimau serta air mani gajah antara yang...

Budak Perempuan Hilang Dibawa...

Seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan hilang dibawa arus ekoran terjatuh dalam sungai di Kampung...

“Saya Akan Minta Maaf Pada Zed Jika Dia…” – Nick Mikhail

EKORAN kes saman yang dikenakan kepadanya oleh Persatuan Seniman Malaysia, Nick Mikhail sekali lagi memberi penjelasan mengenai perkara itu menerusi sebuah video Live, baru-baru ini.

Nick Mikhail Razak menjelaskan isu video di Facebook miliknya bukanlah sebagai satu ugutan terhadap Presiden Seniman, Zed Zaidi, sebaliknya ia merupakan satu cabaran yang dilontarkan kepada Zed.

Baca: Amaran Zed Zaidi: Aliff Aziz, Buat Kali Ke-2, Gua Cari Lu

Juga: Kerana Mulut Nik Mikhail, Seniman Lapor Polis

Ianya berikutan laporan polis yang telah dibuat oleh Seniman yang mendakwa Nick Mikhail telah mengugut dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Zed.

“Lu langgar Aliff, gua langgar lu. Lu datang sini, gua mahu tengok lu punya pancung”. Itu adalah ayat yang diperkatakan Nick di dalam video ‘live’nya beberapa hari lalu. Menurutnya ayat tersebut bermaksud “anda mengacau Aliff, saya mengacau anda. Anda datang ke sini, saya mahu lihat apa yang anda boleh lakukan.”

“Itu bukan ugutan. Itu cabaran. Kalau ugut saya akan kata ‘lu datang gua rembat’, ‘lu datang gua potong’. Jadi apa yang saya katakan itu hanyalah cabaran bukan ugutan. Mungkin imej saya atau bahasa samseng saya disalah faham orang,” jelas beliau memetik portal tersebut.

Dakwaan terhadap dirinya yang dikatakan samseng itu ditepis apabila dia melakukan perkara yang sama seperti yang telah dibuat oleh Zed terlebih dahulu.

“Zed berkata ‘kau buat sekali lagi, gua cari lu sampai dapat’. Itu ugutan. Beliau mengugut Aliff. Dan kata-kata sebegitu hanya samseng yang gunakan bukan seorang yang memegang jawatan Presiden. Anda pernah dengar Presiden berbual begitu? Kenapa itu tidak diperkatakan?” tambah Nick.

Melalui video ‘live’ tersebut, Nick menjelaskan dia hanya mahu mempertahankan artis-artis senegara yang merantau ke negara orang dan bukan mahu meraih sebarang populariti.

Tambahnya lagi, apa yang dilakukan itu adalah kerana dia sangat mencintai industri seni dan dia juga tidak menafikan tindakannya itu turut mengundang bahaya kepada keluarganya.


“Anda rasa saya tidak terkesan? Orang kata macam-macam tentang anak saya, isteri saya. Saya terima ugutan seperti ‘kau masuk JB kau mati’, ‘kau masuk KL kau mati’. Anda rasa saya tidak pernah terfikir diri saya akan ditikam dari belakang. Namun, siapa lagi yang akan mempertahankan anak Singa kita,” katanya.

Nick juga menegaskan dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan negara, warga dan artis Malaysia termasuklah Seniman, sebaliknya dia menghargai setiap layanan baik dan kenangan manis bersama Seniman sepanjang menganggotainya pada tahun 2002 hingga 2003 lalu.

“Ingin saya menekankan sekali lagi, saya tidak ada masalah dengan warga, artis Malaysia dan Seniman. Jika ada yang tersinggung dengan video saya, saya meminta maaf,” ujar Nick.

Susulan laporan polis yang dibuat terhadapnya, Nick telah pun mendapatkan nasihat guaman dan akan memerhatikan perkembangan aduan tersebut di Malaysia.

“Mengenai isu Zed, saya hanya akan meminta maaf kepadanya jika beliau menarik balik kenyataannya terhadap Aliff, mengaku kata-katanya mungkin melampau dan seperti mengugut Aliff. Selepas itu, barulah saya akan meminta maaf kepadanya (Zed Zaidi),” katanya lagi.

Diharapkan kedua-dua pihak dapat menyelesaikan isu ini dengan sebaik-baiknya secepat mungkin. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Kategori