MASIH belum habis lagi nampaknya fenomena Putera Mateen apabila dilihat terdapat lagi segelintir gadis yang belum ‘move on‘ dengan kekacakan putera kelahiran Brunei ini.
Sesiapa yang rancak mengikuti perkembangan Sukan SEA ke-29 pasti sudah sedia maklum baru-baru ini telah berlangsungnya perlawanan acara ekuestrian polo antara Malaysia dan Brunei.
Ramai netizen yang hadir menonton perlawanan tersebut, di samping ‘cuci mata’ melihat putera kacak, Putera Abdul Mateen Bolkiah termasuk Fathia Latiff yang dilihat sempat berswafoto dengannya.
Baca: Peminat Teruja Fathia ‘Payung’ Gambar Mateen
Gambar yang ‘dipayung’ oleh pelakon tersebut menjadi perbualan hangat dalam kalangan para netizen di mana rata-rata antara mereka begitu teruja melihatnya.
Fathia bagaimanapun berkata sebenarnya dia ke sana hanya untuk menemani rakan, Tengku Hanis, menonton perlawanan tersebut berikutan gadis itu sememangnya meminati sukan berkenaan.
Tambahnya lagi, tentang isu gambar bersama Prince Mateen itu sebenarnya bukan dia beriya sangat pun nak ‘berselfie’ tetapi hanya grab peluang yang ada.
“Saya pergi situ sebab kawan yang ajak, dia memang minat sukan polo. Saya teman dia saja, sambil tu sempat juga menonton pertandingan tersebut.
“Sebenarnya, saya tak beria-ria sangat nak berfoto dengan Putera Abdul Mateen tapi bila sudah ada peluang saya tak mahu lepaskan. Saja nak tunjuk pada gadis-gadis yang minat pada putera tersebut,” ujarnya yang dilaporkan sebuah portal online.
Haaa… Peluang dah depan mata. Takkan lah nak lepas pulakkk… Ye takkk?
Dalam masa yang sama, terdapat juga segelintir netizen yang sempat mengusik pelakon itu dilihat begitu padan di samping putera kacak tersebut.
“Lawanya @fatiyaliff, kalau ada jodoh saya sokong tu,” komen @aliya_azzahra
“Semoga berjodoh @fatiyalatiff & @tmski,” tulis @juan_adzwan pula.
Bertuah sungguh Fathia dapat peluang keemasan ini! Sama cantik, sama padan. Hmmm… mana tahu berjodoh kan… ehhh? – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura