Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mahu Perkukuh Kerusi Pembangkang

BALAKONG - Kerajaan sihat perlu diimbangi dengan suara pembangkang yang kuat bagi menjamin...

Bapa Kesal Ahmad, Muhammad...

MASIH ingatkah anda dengan kisah kembar siam Ahmad dan Muhammad yang berjaya dipisahkan pada...

Kes Bot Karam Pindah...

KOTA KINABALU - Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan kes pemilik sebuah...

Pencuci Kereta Hadapi Pertuduhan...

TEMERLOH - Seorang pencuci kereta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini...

“Saya Tak Nak Kata Tidak Pada Suami Orang”

PELAKON Izreen Azminda memberitahu adalah tidak menjadi kesalahan jika seorang lelaki yang sudah pun bergelar suami orang mahu berkahwin lagi.

Ini memandangkan ajaran Islam sendiri bahkan tidak melarang untuk lelaki tersebut beristeri seramai empat orang.

Tambahnya, kelebihan beristeri lebih daripada satu itu diberikan kepada lelaki yang berkemampuan dari segi kewangan dan yakin boleh berlaku adil.

Izreen juga tidak menolak jika dia ditakdirkan berkahwin dengan lelaki berstatus suami orang.

“Saya tak nak kata tidak pada suami orang. Takut nanti apa yang tak nak itulah yang Allah berikan.

“Apa yang boleh saya katakan jika lelaki itu mampu, tidak salah untuk dia berkahwin lain sebab memang mereka boleh ada empat orang isteri,” katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun katanya, dia tidak terdesak untuk mencari pasangan hidup buat masa ini kerana mahu menumpukan perhatian kepada anaknya, Muhammad Adrian Umar, 4.


Izreen dan anaknya Adrian Umar.

“Saya belum terfikir untuk mencari pasangan lagi. Memang teringin nak kahwin tapi banyak yang perlu saya dahulukan.

“Anak saya baru dijangkiti H1N1 dan ditahan di wad selama empat hari. Apa yang berlaku membuatkan saya perlu ada dengan dia setiap masa.

“Biarlah saya uruskan anak, dan jika ada jodoh saya akan kahwin sekali lagi,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori