Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

5 Pati Ditahan Dalam...

TAWAU - Jabatan Imigresen Tawau menahan lima pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam...

Sindiket Curi Kereta Mewah...

GEORGE TOWN - Polis menumpaskan satu sindiket mencuri dan menjual kereta mewah berikutan...

Katy Perry Dibayar RM107j...

BINTANG pop antarabangsa, Katy Perry dikhabarkan menerima bayaran AS$25 juta (RM107,325,000) hanya untuk...

Dollah Salleh Puji Aksi...

KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih negara, Dollah Salleh memuji pemain muda dalam skuad...

SEA: Pasukan Hoki Ais Negara Enggan Berputih Mata

KUALA LUMPUR – Di sebalik kekecewaan skuad hoki ais kebangsaan dibelasah 1-13 oleh Thailand pada kejohanan di negara itu Mac lalu, skuad negara bertekad untuk bangkit dan tidak mahu berputih mata di halaman sendiri pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017  bulan ini.

Penjaga gol, Tengku Muhammad Azlly Tengku Abdillah berkata tidak adil untuk menilai kekuatan sebenar pasukan negara jika hanya berpandukan kepada kejohanan di Thailand itu.

Menurutnya,  kebanyakan pemain yang beraksi di kejohanan berkenaan bukanlah daripada pasukan utama.

“Saya percaya pada Sukan SEA nanti kami mampu memberi saingan sengit kepada Thailand dan dengan percaturan jurulatih dari Hungary, Kristov Kovago serta gabungan pemain lama dan baharu kami boleh mencipta kejayaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di  sini hari ini.

Pasukan negara akan memulakan saingan dalam Sukan SEA dari 14-29 bertemu Indonesia pada 20 Ogos dengan  Thailand menjadi pasukan pilihan untuk merebut pingat emas.

Pengurus pasukan Noor Hisham Yahaya berpuas hati dengan keadaan venue pertandingan iaitu di Empire City, Damansara dan menyifatkan skuad negara bertuah kerana turut dapat berlatih di situ.


“Walaupun pada awalnya ada sedikit masalah namun sekarang pasukan dapat berlatih siang dan malam dengan kualiti permukaan ais yang sangat sesuai,” katanya.

Menurut Noor Hisham, Persatuan Hoki Ais Malaysia (MIHF) menyasarkan meraih pingat  tanpa mengira warna namun tidak mustahil skuad negara menghadirkan kilauan pingat emas di Sukan SEA nanti.

Untuk rekod, pencapaian terbaik skuad negara adalah pada Piala Cabaran Asia Persekutuan Hoki Ais Antarabangsa (IIHF) di Bishkek, Kyrgyzstan dengan merangkul pingat perak. – BERNAMA

Kategori