Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Tengku Amirul Mahu Tambah...

SEKALIPUN sudah mengesahkan status sebagai juara keseluruhan kelas CP115, Tengku Amirul Haffirudin tidak...

Gelek ‘Gerudi’ Cemari Majlis...

TUMPAT - Mengejutkan dan memalukan! Demikian luahan hati puluhan ribu pengguna laman sosial Facebook...

Zidane Mahu 5 Pemain...

MADRID - Meskipun baru sehari menyertai Real Madrid buat kali kedua, Zinedine Zidane...

YAKEB Cadang Naikkan Bantuan...

KUALA LUMPUR : Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) bercadang menaikkan bayaran bantuan kepada...

SEA: Renang Mahu Sumbang Utama Pingat KL2017

GURUN – Sukan renang mahu menjadi penyumbang utama pingat dalam temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), sebagai menyahut saranan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang meletakkan sasaran pungutan 111 pingat emas.

Presiden Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata terdapat 13 acara yang akan disertai termasuklah renang, renang terbuka, renang berirama, terjun dan polo air.

“Kami meletakkan matlamat rendah iaitu sekurang-kurangnya empat pingat emas, namun kami mungkin dapat lebih daripada itu, kita akan bincang dengan persatuan dari semasa ke semasa.

“Sebagai sokongan kepada sasaran 111 pingat emas yang dinyatakan Khairy Jamaluddin, kami akan berusaha dan berlumba-lumba untuk menjadi penyumbang utama kepada pingat Sukan SEA untuk Malaysia,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerai 2017 di Dewan Sri Zaleha, di sini, hari ini.

Sementara itu, seramai 93 atlet renang dijangka beraksi pada temasya Sukan SEA ke-29 KL2017 yang bakal berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos ini. – BERNAMA

Kategori