Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

BERSATU Tangga Batu Bergolak?

MELAKA - Mesyuarat Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) membabitkan beberapa cawangan dalam...

Azwan Ali Berjubah, Kasut...

CALON Bebas DUN Bukit Antarabangsa, Azwan Ali atau lebih dikenali dengan nama Diva...

Daesh: Pekerja Kilang Mengaku...

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di...

Hapus Bazar Jalan TAR,...

SATU demi satu imej Melayu dan Islam di negara ini mula terhakis secara...

Tegur Cara Kasar, Lucah, PU Rahmat Disound Di Twitter

SEMENJAK berlangsungnya Sukan SEA 2017 ini, banyak perkara yang berlaku daripada isu bendera sehingga penangan ketampanan Putera Mateen sebagai peserta acara Ekustrian Polo menentang Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pada 22 Ogos lalu.

Macam-macam isu sekarang ni dan ada juga sesetengah pihak yang memandang dari sudut positif dan negatif. Golongan pendakwah juga tak ketinggalan dalam memberi pendapat mereka.

Semalam, pemenang tempat keempat program Pencetus Ummah musim pertama, Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan atau dikenali sebagai PU Rahmat telah membuat satu tweet seakan-akan memerli situasi sedang berlaku sekarang.

Namun maksud sebenarnya ialah untuk mengatakan bahawa sebagai orang Islam, kita seharusnya menjaga pandangan mata kerana mata juga boleh membawa kepada perbuatan zina.

Namun ramai yang ‘triggered’ dengan tweet beliau dan berkata bahawa cara tegurann Rahmat ini tidak sesuai katanya. Malah kata mereka juga Rahmat seperti mencari publisiti dengan cara tweetnya yang sedikit berbaur lucah.

Apa yang lebih memanaskan keadaan ialah apabila seorang pengguna Twitter bernama Asrul Muzaffar telah mempersoalkan cara teguran Rahmat.

Ini kerana dia turut menggunakan gelaran sebagai Pencetus Ummah (PU) pada namanya dan sepatutnya dia perlu menunjukkan contoh yang baik.

Jadi, berlakulah sedikit perbalahan di ruangan komen. Yang sorang tak nak kalah, yang sorang masih nak teruskan fakta yang diberikan. Kadang kita ni kena la juga terima teguran orang lain kan.

Walaupun orang tu tak tinggi ilmu agama ke tak berpelajaran ke, tak salah kalau kita terima tegurannya. Kita ni manusia tak ada yang sempurna jadi tak perlu nak attack balik orang yang dah tegur kita. Kan maksudnya dia prihatin.


Asrul juga membandingkan Rahmat dengan Ad-Dien Abdul Kadir dan Rahman Ellias kerana mereka berdua ini juga merupakan seorang yang mmepunyai ilmu agama yang tinggi dan selalu memberi perkongsian yang menarik dan penuh ilmiah.

Rahmat pun memang ada berkongsi bahan ilmiah di akaun Twitternya tapi sebelum ini ada juga tweet Rahmat yang membuat ramai pengguna laman sosial itu naik angin kerana dia seakan akan tidak sensitif dengan isu poligami.

Rahmat pun tak kurang lantang juga bila dia sendiri mengeluarkan kenyataan “Awak memang mulia. Awaklah guru saya. Paling layak untuk segala gelaran.”

Aduhh… Sepatutnya Rahmat sebagai individu yang dikenali tak patut berkata macam tu. Betul tak? Ramai juga netizen yang agak terguris hati dengan ayat yang dikeluarkan oleh Rahmat itu.

Ada yang kata itu merupakan salah satu contoh tarbiah sentap yang sering digunakan oleh golongan pendakwah muda zaman ini. Menegur dengan cara yang kasar dan pembaca perlu hadam sendiri kata-kata itu yang seakan-akan kata-kata sindiran.

Tapi itulah, orang sekarang memang tak dapat nak terima teguran secara kasar sebabnya tegur secara lembut dah tak jalan. Jadi, itu sajalah jalan terakhir iaitu menegur secara kasar tapi kadang teguran kasar pun lagi buat orang marah.

Seterusnya, apa nak buat? Tegur salah, tak tegur pun salah. Terpulanglah pada diri sendiri. Pastinya kita perlu ikut contoh yang baik kan. Jadi, yang baik tu kita ambil dan yang buruk tu kita tinggalkan di tepi longkang. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori