Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Johor Sedia Terajui Penghasilan...

BATU PAHAT - Johor bersedia menerajui penghasilan biodiesel negara yang diharap mampu menjadi...

Hulu Selangor Kini Zon...

HULU Selangor kini dikategori zon merah selepas merekodkan 40 kes positif Covid-19, semalam.Sebelum...

Indonesia Gantung Sementara Boeing...

JAKARTA - Kerajaan Indonesia menggantungkan sementara kesemua penerbangan pesawat jenis Boeing 737-8 Max...

PH Boleh Jatuh Jika...

LANGKAWI - Kerajaan Pakatan Harapan berjanji tidak akan melakukan apa yang dilakukan oleh...

Sebulat Suara Tambah Sekatan Pyongyang

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebulat suara mengenakan sekatan baru terhadap Korea Utara yang akan menyebabkan kutipan eksport tahunan negara itu berkurangan sebanyak AS$3 bilion (RM13 bilion).

Tindakan itu diambil berikutan dua ujian peluru berpandu balistik antara benua yang dilancarkan negara itu bulan lalu.

Ketetapan yang dirangka Amerika Syarikat (AS) itu melarang pengeksportan arang batu, besi, bijih besi, plumbum, bijih plumbum dan makanan laut. Ia turut melarang negara lain menambah bilangan buruh Korea Utara di luar negara, melarang usaha sama baru dengan negara itu, atau sebarang pelaburan baru dalam usaha sama sedia ada.

Duta AS ke PBB, Nikki Haley berkata: “Kita tidak boleh selesa menyangka kita sudah menyelesaikan masalah ini. Jauh sekali tidak. Ancaman Korea Utara masih ada dan semakin buruk.”

Susulan itu, Presiden AS Donald Trump menulis di Twitter: “Majlis Keselamatan PBB baru mengundi 15-0 untuk sekatan terhadap Korea Utara. China dan Russia turut mengundi bersama kita!”

Rumah Putih dalam satu kenyataan berkata, Trump menghargai kerjasama China dan Russia dalam meluluskan ketetapan itu.

“Presiden Trump akan terus bekerjasama dengan sekutu dan rakannya untuk meningkatkan tekanan ekonomi serta diplomatik terhadap Korea Utara demi menamatkan sikapnya yang mengancam dan mencetuskan ketakstabilan,” katanya.


Korea Utara dikenakan sekatan AS sejak 2006 kerana program peluru berpandu balistik dan nuklearnya.

Sekatan terbaru ini susulan lima ujian senjata nuklear dan empat pelancaran peluru berpandu jarak jauh.

AS berunding dengan China selama sebulan berhubung resolusi itu sebelum dikemukakan kepada majlis keselamatan secara rasmi, Jumaat lalu. – Reuters/myMetro Online

Kategori