Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

“Jangan Jadi Nasi Tambah...

RUPA-RUPANYA masih lagi belum reda kisah keretakan perhubungan cinta antara selebriti Neelofa dan...

Gambar: Mayat Reput Terdampar...

PENGUNJUNG Pantai Baru Penarik, Merang pada petang Ahad terkejut apabila mendapati terdapat mayat...

Biarlah Masuk Tanjung Rambutan...

IPOH - Bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Hamidah Osman...

Kelebihan Mengurut Tapak Kaki...

SETELAH keletihan kerana seharian bekerja dan menempuh perjalanan pulang ke rumah yang memakan masa, apa...

Selamat Pergi & Kembali Serta Peroleh Haji Mabrur

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendoakan agar jemaah haji Malaysia selamat berangkat dan kembali menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Makkah dan Madinah.

“Semoga dikurniakan haji mabrur dan diterima segala doa dan ibadat, Insya-Allah.

“Saya mohon kirimkan doa dan salam kepada Rasulullah SAW apabila saudara dan saudari sampai di Madinah kelak,” katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam akaun Twitternya, hari ini.

Hampir separuh daripada jumlah keseluruhan 30,200 jemaah haji Malaysia bagi musim haji 1438 Hijrah, kini sudah berada di Makkah dan Madinah.

Setakat 1 Ogos, kira-kira 14,000 atau 46 peratus jemaah berada di kedua-dua tanah suci, sejak penerbangan pertama dari tanah air ke Madinah pada 24 Julai lepas.

Sebanyak 110 penerbangan akan membawa jemaah haji Malaysia ke Madinah dan Jeddah secara berperingkat dengan penerbangan akhir pada 26 Ogos.


Daripada jumlah keseluruhan itu, 46 penerbangan akan terus ke Madinah manakala 64 lagi ke Jeddah sebelum jemaah menaiki bas ke Makkah.

Hari Wukuf di Arafah iaitu hari bermulanya rukun haji dijadual pada 31 Ogos. – BERNAMA

Kategori