Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Akan Bantu Promosi...

SIPITANG - Kerajaan pusat akan membantu kerajaan Sabah mempromosi sekali gus mengangkat Festival...

Obsesi Untuk Dapat 5A...

TERLALU obses untuk mengejar gred hanya menjadikan sekolah sebuah institusi yang menakutkan kerana...

Perubahan Dasar Bagi Lebih...

SUNGAI PETANI - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan perubahan dua...

Kereta Dipandu Bahaya, Polis...

GEORGE TOWN - Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan bagi menghalang pergerakkan sebuah...

Selepas 26 Tahun… Erma Dan Bade Kini Sah Cerai

SPEKULASI sebelum ini yang mengatakan pengarah terkenal, Erma Fatima bercerai dengan suaminya, Badaruddin Azmi akhirnya terjawab.

Ia selepas pasangan ini disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Gombak Timur, Selangor.

Menurut laporan mStar Online, lafaz cerai tersebut dilakukan oleh Badaruddin Azmi atau lebih dikenali sebagai Bade di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin sekitar jam 11.35 pagi, Khamis.

Pasangan ini dilihat datang secara berasingan di mana Bade menaiki motosikal dan tiba kira-kira pukul 10.30 pagi.

Manakala Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, ditemani oleh adiknya, Betty Rahmad kemudiannya tiba di mahkamah pada jam 11 pagi.

Terdahulu, Bade selaku plaintiff untuk kes ini telah memfailkan permohonan cerai pada 10 Ogos lepas mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Dalam kes ini, Erma diwakili oleh peguam Datuk Abdul Jamal Mohd. Lokman Sulaiman manakala Bade pula, tidak diwakili mana-mana peguam.


Erma dan Bade mendirikan rumah tangga pada 30 November 1990 dan dikurniakan lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, Ahmad Arir, Ahmad Aifin, Citra dan Nurain.

Kemudian, selepas 15 tahun melayari kehidupan dengan Erma, Bade telah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan isteri kedua, Aida Abdul pada Mei 2014.

Sebelum ini, pasangan ini menafikan akan bercerai berikutan masih saling menyayangi dan Erma juga mengakui boleh menerima hakikat hidup bermadu.

Tapi, kini semuanya sudah terjawab. – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

Kategori