Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

14,000 Anggota Rela Maran...

MARAN - Seramai 14,000 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Parlimen Maran bersiap...

Guru Pendidikan Jasmani Diperintah...

KUALA LUMPUR - Seorang guru Pendidikan Jasmani di sebuah sekolah rendah di Lembah...

Khalid Muktamad Bersara Wajib...

TABIK... Di sebalik desas-desus konon tempoh Tan Sri Khalid Abu Bakar mungkin dilanjutkan...

Bekas Isteri Jimmy Shanley...

BEKAS isteri pelakon dan pengacara terkenal Jimmy Shanley, Nursuhaila Elini Suhaimi berhadapan dengan...

Selepas Mengaku Biseksual, Aaron Carter ‘Dibuang’ GF!

KASIHAN! Sehari selepas membuat pengakuan diriya biseksual, penyanyi Aaron Carter mengakui telah berpisah dengan teman wanitanya, Madison Parker.

Menurut laporan Dailymail, Aaron dan kekasihnya telah mengambil keputusan untuk berpisah dengan cara baik demi kebaikan mereka bersama.

“Aaron menjelaskan keputusan untuk berpisah dibuat secara bersama dan mereka memilih untuk menjadi kawan baik sahaja.

“Aaron dan Madison saling menyayangi serta menghormati antara satu sama lain dan menganggap keputusan yang dilakukan ini adalah jalan terbaik untuk mereka,” kata pihak pengurusan Aaron.

Semalam, Aaron Carter telah mengejutkan umum terutamanya peminat setianya dengan pengakuan yang dirinya pernah menjadi seorang biseksual.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Aaron menerusi entri terbaharu menerusi akaun Instagram miliknya.


“Ini langsung tidak membuatkan saya berasa malu dan saya sejujurnya terbeban kerana perlu menyembunyikan perkara ini daripada pengetahuan orang ramai.

“Saya bertapak dalam industri hiburan ketika usia 13 tahun dan sejak itu saya sudah mula berasa tertarik pada lelaki dan perempuan,” tulisnya.Haiii, macam-macam hal lah! – MYNEWSHUB.CC

Kategori