Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kadar Tol Lebuh Raya...

PETALING JAYA - Kerajaan kini serius memikirkan langkah untuk menaikkan kadar tol sebanyak...

PETRONAS Umum Pelantikan Pengurusan...

KUALA LUMPUR - PETRONAS melantik Md Arif Mahmood sebagai Naib Presiden Eksekutif dan...

Penjara 654 Tahun Menanti...

MUAR : Seorang bapa yang didakwa merogol dan mencabul tiga anak kandungnya hingga...

Harga Minyak Masak Botol...

KUALA LUMPUR - Harga minyak masak botol dijangka akan turun dalam masa terdekat...

Semangat Merdeka Meresapi Hati & Jiwa Anak Kampung

BESUT – Seramai 60 orang terdiri daripada kanak-kanak dan remaja memilih untuk mengayuh basikal sejauh lima kilometer bagi meraikan Hari Kebangsaan 2017 sambil melaung-laungkan perkataan keramat, Merdeka!.

Program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Gaung, di sini merupakan pertama kali diadakan bagi memupuk semangat golongan muda di kampung mengikut cara tersendiri.

Pengerusi J3K Gaung, Mohd Azizul Azli Mohd Sani berkata program ‘Kayuh Basikal Merdeka’ itu dimulakan pada 9 pagi menuju ke beberapa buah kampung bermula kampung Tanjung Alir dan tamat di Kampung Gaung.

“ Saya kagum dengan semangat mereka yang berusia lapan hingga 15 tahun ini dan mereka bersungguh-sungguh melahirkan semangat merdeka serta menyertai program ini tanpa sebarang paksaan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas melepaskan kumpulan basikal berkenaan di sini hari ini.


Sementara itu Nik Long Danial Sarkir Nik Long Supardi, 10, yang turut menyertai program berkenaan berkata program tersebut benar-benar melekat dijiwanya dan melahirkan semangat luar biasa meskipun penat berkayuh.

“Mungkin kerana ada aura merdeka dan cintakan Malaysia, saya jadi lupa dengan kepenatan. Saya gembira dapat menyertai program ini meskipun ia hanya di peringkat kampung,” kata pelajar Tahun 4 SK Lubuk Kawah di sini. – BERNAMA

Kategori