Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Honda Malaysia Panggil Semula...

KUALA LUMPUR - Honda Malaysia hari ini mengumumkan panggilan semula bagi 9,998 unit...

Jenama Produk Kepada Pengguna...

SERDANG - Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2014 perlu digunakan...

Berderau Darah Terkepit Kaki...

KUANTAN – Baru setahun bekerja, sudah buat silap besar! Itu yang terlintas dalam...

1MDB: Kunjungan Pelancong Tidak...

TUMPAT - Sebarang kes yang didakwa berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak...

Seminar Media Sosial Perjelas Trend Berita Palsu Tular

MELAKA – Seminar media sosial negeri Melaka 2017 pada 5 September ini akan membincangkan trend terkini berkaitan penularan maklumat palsu di media sosial dan impaknya terhadap ekonomi, masyarakat serta negara.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selaku penganjur seminar, berkata majlis itu akan berlangsung di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) bagi menjelaskan kepada orang ramai kesalahan penyebaran makumat palsu.

SKMM menerusi satu kenyataan hari ini berkata kebanyakan daripada orang ramai tidak dapat membezakan maklumat yang mereka terima itu sama ada benar atau palsu walaupun segala informasi boleh dicapai menerusi jalur lebar.

Katanya penyebaran maklumat palsu melalui peralatan telekomunikasi adalah kesalahan di bawah undang-undang Malaysia, termasuk Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Seminar itu menyasarkan pelbagai lapisan masyarakat, khususnya pegawai kerajaan yang menjadi tunjang kepada pentadbiran negara serta negeri, dan dianggarkan 600 pengunjung akan menghadirinya. – BERNAMA

Kategori