Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Lesen Kontraktor Gred G1...

KUCHING - Kementerian Kerja Raya akan membuka pendaftaran lesen kontraktor gred G1 kepada...

Muhyiddin Ambik Kredit Kejayaan...

Berikut penulisan dipetik pada FB Najib RazakSEMALAM, PM8 umum syarikat Microsoft akan membina...

Status Tidak Jelas, Sivaraajh...

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda MIC Datuk C. Sivarraajh diarah meninggalkan sidang Dewan...

Lebih 118,000 Unit Rumah...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 265 Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) melibatkan 118,441...

Senarai Calon MCA PRU14 Kini Dalam Peringkat Akhir

KUALA LUMPUR – MCA kini dalam peringkat akhir menyenaraikan calon yang akan mewakili parti itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata pihaknya turut melaksanakan kajian soal selidik awam sebelum senarai akhir calon diputuskan bagi memastikan mereka yang dipilih merupakan pilihan rakyat.

“Kita dalam peringkat akhir persediaan, semua bahagian dalam MCA digesa untuk bersiap sedia menghadapi PRU akan datang dan dari segi calon, kita buat soal selidik awam sebelum buat keputusan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan  Pesta Kesenian ‘Blossom Arts Festival’  di Wisma MCA hari ini.

Liow yang juga Menteri Pengangkutan turut mengingatkan semua jentera parti untuk memberi kefahaman kepada orang ramai tentang agenda transformasi negara oleh kerajaan dan rakyat juga perlu sedar pembangkang terutamanya Pakatan Harapan tidak mempunyai masa depan, berbeza dengan Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, mengulas mengenai pesta kesenian tersebut, Liow berkata seramai kira-kira 30,000 pengunjung dijangka memeriahkan festival yang akan berlangsung selama sebulan bermula hari ini.


Festival kali ini yang bertemakan ‘Negaraku’  selaras dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-60 itu disertai 100 pertubuhan kebudayaan dan kesenian dari dalam negara dan tujuh dari luar negara.

Negara yang mengambil bahagian dalam festival kali kedua anjuran MCA itu ialah China, Jepun, India, Singapura, Taiwan, Thailand dan Indonesia. – BERNAMA

Kategori