Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Angin Kencang, Laut Bergelora...

KUALA LUMPUR - Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer...

Hampir 64% Kes Diselesaikan...

LAHAD DATU - Sebanyak 63.84 peratus atau 173 daripada 271 keseluruhan kes jenayah...

Mungkinkah Ini Merupakan Kerangka...

Dengan permulaan tahun 2015, semestinya ramai yang menantikan kemaskini peranti baru daripada pelbagai...

Anggota Polis Ditetak Individu...

BESUT - Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal cedera ditetak dua individu bertopeng...

Seorang Penumpang Bas Parah Dalam Kemalangan

SEREMBAN – Seorang penumpang cedera parah manakala 31 lagi selamat apabila bas yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di KM 231 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Pedas Linggi, awal pagi ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Rembau Mohd Fuad Majid berkata kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 3.27 pagi ketika bas itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

“Kami menerima panggilan kecemasan kira-kira 3.27 pagi dan lapan anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian. Seorang wanita di dalam bas itu cedera parah manakala yang lain selamat. Penumpang yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar untuk rawatan.

“Kedua-dua pemandu bas dan lori bagaimanapun mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di hospital yang sama,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata kemalangan itu berlaku apabila bas yang menghala ke Kuala Lumpur itu tergelincir sebelum melanggar bahagian belakang dan kiri lori yang menuju ke arah yang sama. – BERNAMA

Kategori