Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bekas ADUN DAP Sertai...

IPOH - DAP menerima tamparan paling hebat di Perak apabila seorang bekas wakil...

Bayi Sam & Syatilla...

SIAPA yang tidak teruja apabila anak yang dikandung memberikan senyuman ketika melakukan imbasan...

Bertindak Tegas Media Sosial...

KUALA LUMPUR - Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah bertitah...

Penganjur AKM Kena Kompaun...

PUTRAJAYA : Penganjur Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Pusat Konvensyen...

Serangan Dua Pangkalan PBB Ragut 9 Nyawa

BAMAKO (Mali) – Sekumpulan penyerang bersenjata menyerang dua pangkalan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) semalam, mengorbankan sembilan nyawa merangkumi anggota pasukan pengaman, kontraktor dan tujuh rakyat negara itu.

PBB dalam satu kenyataan berkata, seorang anggota tentera Mali dan anggota pasukan pengaman terbunuh dalam serangan awal pagi di Douentza.

Beberapa jam selepas itu, enam lelaki bersenjatakan senapang dan bom tangan menyerang satu lagi kem PBB di Timbuktu, barat laut Mali.

“Serangan terbabit membunuh lima pengawal keselamatan PBB, anggota polis dan seorang kontraktor yang belum diketahui identitinya,” kata PBB dalam satu kenyataan.

Sumber pertubuhan itu memberitahu, dua anggota militan terbunuh di Douentza manakala enam lagi maut di Timbuktu.


Serangan berkenaan menggambarkan kelemahan PBB dalam membendung kematian dalam kalangan anggota pasukan pengaman khususnya di negara itu yang dianggap tempat paling berbahaya di dunia untuk pasukan pengaman.

Seorang anggota pasukan pengaman mengalami kecederaan ringan dalam serangan di Douentza manakala enam lagi termasuk pengawal keselamatan cedera di Timbuktu. – AFP/BH ONLINE

Kategori