Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Cuaca Buruk Gagalkan Cubaan...

JOHOR BAHRU - Hasrat 15 pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Indonesia yang...

Pegawai Kerajaan Antara 324...

GEORGE TOWN - Pegawai kerajaan, pegawai keselamatan dan remaja di bawah umur merupakan...

Zulkifli Mulakan Tugas Dengan...

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr....

Prosedur Operasi Standard Baharu...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menetapkan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi kawasan...

Serina Redzuawan, Gavin Sah Bercerai Talak Satu

PELAKON Serina Redzuawan akhirnya sah bercerai dengan bekas suaminya, Gavin Edward O’luanaigh pada kira-kira jam 10:49 pagi tadi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Gavin melafazkan cerai talak satu terhadap Serina di hadapan Haim Syarie, Nurul Hidayah Jani.

Dalam prosiding itu, Gavin turut menarik balik permohonan nusyyz terhadap Serina seperti yang difailkannya sebelum ini.

Menurut Gavin, keputusan untuk bercerai adalah jalan terbaik dan fokus mereka kini adalah untuk membesarkan dua cahaya mata mereka iaitu Tristan Tareef, 6, dan Isabella Safiyaa, 5.

Sementara itu, Serina mengakui lega walaupun berasa sedih dengan penceraian itu.

“Kami tidak bergaduh dan paling penting kes penceraian kami selesai dengan baik.

“Bagaimanapun paling penting kebajikan anak-anak dan walaupun bercerai kami sama-sama akan jaga mereka dengan baik,” katanya memetik mStar Online.


Mahkamah sebelum ini memerintahkan hak penjagaan kekal kedua-dua anak mereka diberikan kepada Gavin secara persetujuan bersama dengan Serina mengikut beberapa syarat dan terma lawatan yang dipersetujui bersama.

Serina sebelum ini telah memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47, Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 pada 6 Disember 2016.

Pasangan ini berkahwin pada 1 Januari 2010. – MYNEWSHUB.CC

Kategori