Saturday, November 30, 2024

Creating liberating content

Watson Nyambek Akhirnya Miliki...

MIRI - Setelah tinggal bersama ibu mentuanya sejak 2010, bekas pelari pecut negara...

Elemen Tuah Bantu Liverpool...

LONDON - Queens Park Rangers menghadiahkan Liverpool kemenangan 3-2 dalam saingan Liga Perdana...

Imigresen Buka Kaunter Komunal...

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan membuka kaunter pemeriksaan tanpa mengira kategori...

Pesara Terkejut Tinggal Hanya...

SEORANG pesara Jabatan Tanah dan Survei terkejut apabila mendapati wang dalam akaun Kumpulan...

Setengah Jam Menyorok Dalam Semak…

SEORANG warga Kemboja bersembunyi dalam semak di kebun sayur ketika mahu mengelak ditahan dalam serbuan imigresen di tapak pembinaan sebuah rumah berhampiran Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Kuala Nerus, 11.30 pagi hari ini.

Lelaki berusia 30 tahun itu ditemui selepas lebih setengah jam menyorok di kawasan berkenaan sebaik menyedari kehadiran anggota penguat kuasa imigresen.

Serbuan di kawasan berkenaan membabitkan seramai 13 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen (JIM) Terengganu diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Md Awal Ludin Mohd Ali yang menjalankan Op Ikrar bermula 9 pagi.

Ketika serbuan, lelaki terbabit bersama seorang lagi rakannya senegaranya sedang menyiapkan pagar rumah sebelum melarikan diri.

Pengarah JIM Terengganu Wan Suhaini Wan Mohamad berkata, operasi itu berakhir kira-kira 2 petang dan pihaknya menahan enam warga Kemboja dan Indonesia berusia antara 19 hingga 40 tahun.


Menurutnya, mereka itu ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – Harian Metro

*Video sekadar hiasan…

Kategori