Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Kes Buli: Kertas Siasatan...

GEORGE TOWN - Kertas siasatan berhubung kes seorang remaja dipukul sehingga cedera parah...

Sukan SEA: Ada Tiket...

KUALA LUMPUR - Jualan tiket bagi temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para...

Menteri Jepun Akan Letak...

TOKYO - Sebagai satu tamparan kepada Perdana Menteri Shinzo Abe, Menteri Perdagangan dan...

Tun M Calon PM...

KUALA LUMPUR – Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Abdul Rahman...

Setiausaha Negara AS Bertemu PM Malaysia

KUALA LUMPUR – Setiausaha Negara Amerika Syarikat Rex Tillerson memulakan lawatan kerja dua hari ke Malaysia pada Selasa, dengan mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, mengisyaratkan pengesahan komitmen Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump untuk memperkukuhkan hubungan dua hala.

Tillerson merupakan pegawai kanan pertama dalam pentadbiran Trump yang melawat Malaysia.

Sejurus selepas mendarat di Pangkalan Tentera Udara di Subang dekat sini, Tillerson berlepas ke bangunan Parlimen untuk mengadakan pertemuan dengan Najib.

Ini adalah lawatan sulung Tillerson ke Malaysia sejak pelantikannya sebagai Setiausaha Negara pada 1 Feb lepas.

“Lawatan ini akan memberi peluang kepada Malaysia dan Amerika Syarikat untuk berbincang dan bertukar-tukar pandangan berhubung pelbagai perkara meliputi hubungan dua hala, serantau dan antarabangsa membabitkan kepentingan bersama,” menurut kenyataan Wisma Putra pada Isnin.

Malaysia dan Amerika Syarikat menjalin hubungan yang sangat baik dengan mengadakan begitu banyak kerjasama serta permuafakatan dalam pelbagai bidang.


Bagi tempoh Januari hingga Mei 2017, jumlah dagangan dua hala berkembang 23.3 peratus kepada  RM68.2 bilion (US$15.4 bilion) berbanding RM55.3 bilion (US$13.5 bilion) bagi tempoh sama pada 2016.

Tillerson akan mengunjungi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Rabu.

Tillerson berada di rantau ini sejak 5 Ogos lepas. Beliau sebelum ini ke Manila untuk menghadiri beberapa mesyuarat serantau termasuk Forum Serantau ASEAN dan Mesyuarat Menteri-Menteri Amerika-ASEAN. Beliau berada di Thailand sebelum berkunjung ke Malaysia. – BERNAMA

Kategori