PENDATANG baharu dengan karya sulung berjudul Pertama Kali, Shaa mengakui sedikit malu dan janggal ketika penggambaran dijalankan pada Jun lalu.
Menurut pemilik nama Juzratul Nisha Johari atau lebih dikenali dengan nama Shaa,Ā ia merupakan pengalaman pertamanya beraksi di depan kamera menerusi klip video lagunya itu.
“Memang Shaa teruja nak tunggu ia dilancarkan, tetapi dalam waktu yang sama Shaa sebenarnya malu nak tengok diri sendiri dalam video klip tu.
“Entahlah, mungkin sisi peribadi Shaa sendiri yang lasak berbeza dengan apa cuba Shaa tampil dalam video klip itu membuatkan Shaa seperti tengok orang lain,” katanya dipetik laporan mStar Online.
Gadis yang baharu berusia 22 tahun ini turut memohon maaf atas kelewatan tersiarnya klip muzik video ini daripada yang dijadualkan pada awal Ogos lalu.
Vokalis Darul Aman Buskers ini percaya kelewatan tersiarnya muzik videoĀ Pertama Kali ini adalah kerana pihak NOVA Music mempunyai strategi dan perancangan yang tertentu untuk projek ini.
“Di sini, Shaa ingin mohon maaf kepada semua peminat kerana buat ramai tertunggu-tunggu dan Shaa percaya ada sebab kenapa pihak NOVA Music menangguhkan pada satu tempoh lain,” ujarnya.
Menurut laporan BH Online, lagu Pertama Kali pernah diperdengarkan di laman YouTube pada tahun 2015 dengan tajuk Untukmu Sayang. Namun, video itu hanya mempunyai nyanyian dan lirik tanpa apa-apa muzik.
“Justeru, suka Shaa ingatkan sekali lagi jangan lupa save the dateĀ 18 Ogos depan (Jumaat) pukul 9 malam kerana secara rasminya video klip Pertama Kali akan dimuat naik ke laman YouTube!” tambahnya lagi.
Jadi sama-sama kita nantikan bagaimana lakonan Shaa dalam video muzik Pertama Kali itu tak lama lagi. Sebelum itu, tengok dulu teaserĀ muzik video Pertama Kali ini! – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim