Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Video: Berang Suami Curang,...

SEBUAH video yang memaparkan aksi dramatik dua orang wanita bertindak ganas memecahkan cermin...

11 Ditahan Berhubung Kekecohan...

KUALA LUMPUR - Polis menahan 11 individu bagi membantu siasatan berhubung kekecohan di...

Sila Hormat! Mourinho Bertikam...

JOSE Mourinho bertikam lidah dengan wartawan semasa sidang media pasca perlawanan susulan kekalahan...

Festival Makanan Sabah Ketengah...

 KOTA KINABALU - Festival Makanan Tradisi Sabah 2017 mampu menjadi platform untuk  mempromosi dan...

SIA Mohon Krew Kabin Cuti Tanpa Gaji 3 Bulan

SINGAPURA – Ketika jirannya, Malaysia Airlines Berhad bakal mewujudkan syarikat penerbangan baharu dan memerlukan ramai pekerja, lain pula hal berlaku dengan Singapore Airlines (SIA).

Media tempatan melaporkan syarikat penerbangan kedua terbaik di dunia itu terpaksa memohon 8,200 krew kabinnya mengambil cuti tanpa gaji secara sukarela bagi mengatasi masalah lebihan pekerja buat sementara waktu.

Dalam satu notis kepada staf, pihak SIA sedia menawarkan cuti tersebut bermula September depan sekali gus membolehkan operator udara itu cuba “melakukan pengurusan sumber dan keperluan operasi yang lebih baik”.

SIA yang menghadapi persaingan daripada banyak syarikat penerbangan lain terutama sektor jarak jauh premium, sudah berulang kali menyatakan keperluan untuk lebih fleksibel supaya mampu menghadapi cabaran operasi.

Menyentuh mengenai langkah dramatik terbaharu itu, jurucakap SIA berkata, isu lebihan atau defisit sementara anak kapal bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi perniagaan mereka sejak mula diwujudkan pada 1972 lalu.

Baca: SIA Bakal Buang Ramai Staf Sebab Kerugian Besar

SIA secara keseluruhan mempunyai hampir 25,000 kakitangan dan kali terakhir mereka diminta untuk sukarela mengambil cuti tanpa gaji adalah semasa krisis kewangan terburuk melanda seluruh dunia pada akhir 2008 lalu.


Syarikat pengangkutan kebangsaan republik itu sudahpun memberikan notis kepada krew kabin sepanjang minggu ini bagi mengumumkan skim itu kepada yang berpangkat Ketua Pramugari/Pramugara dan Pramugari/Pramugara.

Pada 8 Jun lalu, Ketua Pegawai Eksekutif SIA, Goh Choon Phong berkata, ia bakal mengurangkan tenaga kerjanya sebagai semakan perniagaan selepas mengalami kerugian sebanyak S$138 juta dalam suku terakhir tahun lalu.

Beliau menambah bahawa kakitangan SIA diberitahu sebelum ini langkah itu adalah satu kemungkinan dalam proses semakan tersebut.  Krew kabin yang ditemui akhbar The Straits Times meluahkan pelbagai pandangan.

Ada sesetengah yang melihat langkah drastik tersebut sebagai peluang untuk bercuti lama manakala sebilangan lagi melahirkan kebimbangan terhadap elaun sedikit akibat kekurangan masa bekerja. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori