SINGAPURA – Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) merampas 3,000 karton rokok tidak dibayar duti dalam sebuah trak berdaftar di Malaysia bersama pemandunya juga dari negara itu pada awal pagi semalam (Khamis).
Menurut kenyataan dikeluarkan ICA, rokok tersebut ditemukan tersembunyi antara konsainan yang diisytiharkan mengandungi beraneka jenis biskut.
Lelaki berusia 33 tahun, rokok dan trak tersebut kemudiannya dibawa ke Jabatan Kastam Singapura untuk siasatan.
Jika disabit kesalahan kenderaan yang digunakan itu boleh dilucutkan hak.
Jumlah duti dan Cukai Barang dan Perkhidmatan yang cuba dielakkan kira-kira S$232,800 (S$1=RM3.15) dan S$17,250, kata pihak berkuasa. – BERNAMA