Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Penghormatan Terakhir Mendiang Tan...

KUALA LUMPUR - Anggota keluarga dan kenalan yang ingin memberikan penghormatan terakhir kepada...

1,486 Kes Baru Covid-19,...

Sebanyak 1,486 kes jangkitan baru Covid-19 direkodkan semalam - angka terendah sejak 2...

Orang Awam Dinasihat Tidak...

KUALA LUMPUR - Ekoran kejadian tragik kebakaran pusat tahfiz pada pagi Khamis lalu,...

Kerajaan PH Melaka Tumbang

MELAKA TENGAH - Perikatan Nasional yang disertai Barisan Nasional (BN), PAS dan Parti...

Siti Sarah Bengang Kena Fitnah Ikat Usus!

BUDAYA fitnah dekat Malaysia ni lama-kelamaan kita tengok dah macam terbiasa je. Macam hal kecil je kalau fitnah orang lain. Apa lah faedah bila fitnah orang sesuka hati?

Biasalah kalau jadi artis atau public figure, mesti ada saja cerita buruk yang tak tahu kesahihannya. Siti Sarah Raissuddin juga merupakan salah seorang selebriti tempatan yang tak terlepas dari difitnah.

Sarah dikatakan sangat kecewa dengan sesetengah orang Melayu yang suka membuat fitnah tanpa usul periksa. Sarah yang juga isteri kepada pelawak, Shuib juga mengatakan bahawa tomahan ini sangat melampau dan tidak dapat diterima langsung.

Sarah telah memuat naik satu petikan daripada sebuah artikel media sosial yang membuat fitnah kononya Sarah kurus kerana dia telah menjalani pembedahan pemotongan usus dan bukan kurus kerana makan produk yang dijualnya! Gila ke apa? Tak logik langsung lah.

Bila dah dengar berita yang tak betul macam ni, mestilah Sarah akan menafikan! Katanya juga ini ialah sifat manusia yang pantang tengok orang lain lebih berjaya daripada dia.

Sarah juga mempersoalkan semula sebab yang munasabah untuk dia memotong usus untuk kurus?

Tambah penyanyi lagu Kesetiaan ini, tindakan individu itu yang menfitnah dirinya itu sebenarnya untuk melakukan jualan individu tersebut.

Penyanyi kenit ini juga turut menyuarakan tentang golongan orang Melayu yang takkan maju jika ramai yang bersifat seperti ini.


“Kenapa perlu saya potong usus untuk menipu org? Saya dapat turunkan berat badan saya hanya mengamalkan produk saya! Dan banyak org yg berjaya turunkan berat badan dengan @monstalabhq! Jangan tipu org.. hanya kerana awak nak jual barang awak! Awak fitnah saya.. Kalau tak kat sini awak dapat balasan kat sana awak jawab!!!” tulisnya di kapsyen tersebut.

Shuib selaku suami juga tak ketinggalan untuk membela nasib isterinya yang telah difitnah dengan tohmahan yang tak logik seperti ini.

Tapi itulah, sebagai suami yang sentiasa menyokong setiap tindakan isterinya, Shuib menganggap ianya sebagai dugaan.

Netizen pun turut melafazkan rasa marah terhadap individu itu. Kalau nak fitnah pun beragak lah sikit. Gigih sangat kalau nak kurus sampai buat operation ikat usus!

Kepada individu tersebut, bawa bawalah insaf. Jangan nak berjaya atas fitnah yang anda taburkan pada orang lain. Tak berkat rezeki tu nanti. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori